TAWAU – Dua wanita yang sarat mengandung nyaris maut apabila ambulans yang mereka dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat dekat Takada di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Tawau Supt Imran Abd Rahman berkata insiden pukul 1.40 petang itu dipercayai berpunca daripada sikap pemandu kereta tidak mengendahkan siren ambulans yang membawa kedua-dua wanita ke Hospital Tawau.
Beliau berkata pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun, cedera ringan manakala anaknya yang berusia tujuh tahun, patah tangan kiri.
Kesemua mangsa yang cedera, pemandu dan penumpang ambulans terbabit termasuk seorang jururawat dan pembantunya, kemudiannya dibawa ke hospital berkenaan oleh orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Sementara itu, tiga unit kediaman tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Sabindo musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 12 tengah hari.
Pegawai Kanan Bomba Tawau Rosli @ Ambrose Tuzan, pihaknya menerima panggilan pada 12.14 tengah hari dan dua jentera dengan 20 anggota yang dikerah ke tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat. –

0 ulasan:
Catat Ulasan