KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee mahu kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjelaskan bagaimana Sabah boleh kehilangan pelaburan sebanyak RM114 juta dalam satu perjanjian pertukaran saham 12 tahun lalu.
Yong berkata Menteri Sumber Pembangunan dan Teknologi Maklumat Dr Yee Moh Chai telah pun membangkitkan persoalan itu semasa beliau menjadi ahli Parlimen pembangkang pada tahun 1998.
Dr Yee dalam soalannya membangkitkan mengenai perjanjian pertukaran Warisan Harta Sabah Sdn Bhd dengan North Borneo Timber Berhad.
Kontroversi perjanjian itu kini dibangkitkan kembali apabila Warisan Harta CEO Rahman Ghani mendedahkan pada Isnin lalu mengenai sayap pelaburan syarikat itu baru pulih dari bahana pelaburan yang membawa kerugian.
Yong, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang juga Ketua Menteri yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian pada waktu itu, mendesak Yee agar menjalankan siasatan semula terhadap isu pertukaran saham itu.
Di bawah undang-undang pencegahan rasuah, adalah satu kesalahan jika Yee menyembunyikan sesuatu bukti rasuah, tegas beliau.
Yee (kini menteri), perlu bertanggungjawab memberikan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika tidak, beliau melakukan satu kesalahan," katanya.
Yong juga berkata semasa kes mahkamah membabitkan isu NBT-Warisan Harta Sdn Bhd pada tahun 1998, Yee dan empat individu tidak dikenal pasti lain dikatakan mengganggu salah seorang pegawai syarikat itu dan satu laporan polis telah pun dibuat.
Yong menyalahkan Yee tidak berterus terang mengenai prosiding mahkamah yang melibatkan Yee dan individu lain telah terhenti tanpa alasan kukuh.
"Yee cuba membuatkannya seperti tiada apa-apa tentang pemberhentian prosiding itu kerana pihak satu lagi telah pun menarik balik dakwaan itu," katanya.
Nota prosiding penghakiman
Beliau mengeluarkan salinan nota prosiding penghakiman yang menjelaskan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan prosiding itu.
"Pendakwaan mahkamah merupakan satu urusan yang merugikan, memakan waktu dan meletihkan. Ia sentiasa menjadi pilihan terakhir saya. Tetapi serangan peribadi Yee terhadap saya adalah ganas dan berniat jahat.
"Saya tiada pilihan melainkan mencari penyelesaian undang-undang untuk membersihkan nama saya dan mempertahankan reputasi saya," katanya.
Yong dan Yee, bekas sekutu dalam Parti Bersatu Sabah (PBS), mempunyai sejarah dalam insiden tuduh menuduh dan mendakwa satu sama lain.
Sekitar tahun 1998 dan 2000, tiga kes didengar di Mahkamah Tinggi. Kes pertama membabitkan Yong menyaman Yee dalam tuduhannya terhadap isu penukaran saham pada tahun 1998.
Yong kemudiannya menyaman Yee sekali lagi kerana menuduhnya mempertahankan kehadiran pengundi hantu semasa pilihan raya dan mengedarkan risalah berbentuk karikatur yang menunjukkan Yong mengedarkan kad pengenalan palsu.
Pada Januari 1998, Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah menjalankan siasatan membabitkan kerugian RM72 juta oleh Warisan Harta selepas syarikat itu membeli tiga juta saham North Borneo Timber Berhad.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahar Abdul Rahman mengesahkan Yee, dan Ali Parlimen Tanjung Aru (pada ketika itu) disoal siasat pihaknya mengenai kerugian itu.
"Kita akan meneliti perkara itu, dan akan mengambil tindakan sesuai tiak lama lagi," tambahnya.

25 ulasan:
YTL, ko yang memerintah masa itu. ko tidak bacakah juga sebelum menandatangani perjanjian pada masa itu. seharusnya YTL mesti tahu kenapa pertukaran itu dilakukan. macamman YTL KM masa itu tidak tahu. tidak boleh pakailah YTL ini.
YTL, tolonglah jangan mahu salahkan orang lain dalam hal ini. tolonglah jujur dalam kes ini. macammana boleh kes ini yang berlalu semasa YTL jd KM tidak meyebari semua ini. sekarang baru mahu ungkit setelah YTL dituduh semenjak dia jd KM kerugian RM114m berlaku.
Yong merupakan bekas Ketua Menteri sabah, yang bertangungjawab menandatangani perjanjian pada waktu itu seharusnya tahu mengenai sebab musabab kerugian sabah sebanyak RM114 juta itu..YTL dilihat cuba meletakkan tanggungjawab ini kepada Yee yang kini menjadi menteri..saya rasa Yong telah lama menanti peluang ini untuk melepaskan 'beban' ini kepada Yee setelah SAPP keluar dari BN..
kesalahan sendiri janganlah salahkan orang lain lagi. Rasuah kalau berlaku pun memang ketuanya YTL sendir. janganlah mahu babitkan orang yang tidak bersalah. YTL haruslah memberi penjelasaan yang benar.
YTL memang janganlah tuduh orang...mana tahu salh nanti tidak baguslah.
si YTL ni ba, dia nda sedarka yang dia ni menjilat ludah sendiri.. alahaiii
Betul tu toM. YTL ni takkan tak pakai speck time sign. hehhehe
Ya pacayang. Nampak sangat YTL ni macam mahu letak kesalahan pada orang lain. Dulu napa tak bersuara??? Sekarang baru sibuk pok pek pok pek...
Rasanya ada udang di sebalik mee goreng ni si YTL. hhmmmmm
Apapun saya harap YTL taklah asyik tuduh orang saja, takut nanti tuduhan tu memakan diri sendiri. Saya hormati YTL sebab pernah jadi KM, so janganlah buat hal yang menimbulkan persoalan rakyat pula. kalau tak nak kantoi, better diam sebab rakyat bukannya tak pandai menilai.... :)
As they say, "liar, liar..pants on fire.." I hope YTL remembers that old saying..
siapa yang ingin tandatangan tanpa baca dahulu dokumen yang tertera?
pelik juga dokumen ditanda tangan tanpa dibaca dan diteliti. lain ceritalah kalau dokumen tu dalam bahasa Russia, German etc...hahaha
itulah yang menjadi persoalan sekarang..macam mana dia boleh tandatangan kalau perkara ini boleh berlaku. tidakkah itu jadi pertanyaan semua????
YTL ni pandai nak berdolak dalik pla, pastu salahkan orang lain, dah sah dia yang tandatangan tu perjanjian. bgs ngaku saja.
tidak perlu takut dengan cabaran YTL, buat apa yang dia minta dan tunjukkan bukti2 kesalahan beliau.
YTL ini mahu tunjuk kesalahan sendiri pula. sudah-sudahlah..mengaku adalah perkara yang paling mudah sekarang ini YTL. janga mahu pusing2kan kepala itu.
YTL macammana boleh berlaku perkara macam ini aa..hairan pula. sudah salah mahu salah kan orang lain lagi. YTL kisah lama dengan YMC memang ada, tidakkan kerana ini mahu salahkan YMC atas dendam lama.
YTL seharusnya memperjelaskan hal ini, bukan mepersalahkan orang lain. YMC takkan mengeluarkan kenyataan itu jika tak da bukti, dia mesti ada bukti tu.
semua orang tau bahwa YTL yang menandatanani perjanjian itu, dia seharusnya faham isi kandungan perjanjian itu sebelum menandatanganinya.
Seseorang harus tampil kehadapan untuk menerangkan keadaan sebenar. tuduh menuduh dan tidak mengaku salah @ benar adalah salah satu tingkah laku yang tidak bermaruah. kepada sesiapa yg merasakan dirinya bertanggungjawab terhadap kes saham ini, diharap dapat menyelesaikan kes yang telah lama terpendam ini.
YTL perlu tampil memberi penjelasan mengani perkara ini.tak perlulah dia nak menyalahkan orang lain. dia sendiri yang menandatangani perjanjian itu, so.. dia yang perlu bertanggungjawab.
harap YTL akan memberi penjelasan yang sebenarnya dalam kes ini. jangan bair orang tertanya-tanya.
be honestly YTL..
Catat Ulasan