Selasa, 15 Jun 2010

Isu judi sukan: Nasharuddin cabar Muhyiddin berdebat


Muktamar Tahunan PAS Ke 56

Oleh Muda Mohd Noor


PENGKALAN CHEPA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdebat mengenai isu judi sukan.

"Saya cabar Tan Sri Muhyididn berdebat atas pentas supaya rakyat tidak diheret terus dengan bencana judi," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini semalam.

Nasharudin berkata, PAS akan berjuang dalam isu sekolah agama , Tamil dan Cina sebagaimana yang dibangkitkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Semalam, wakil dewan itu meminta parti membela isu sekolah-sekolah berkenaan yang tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Kementerian Pelajaran.

Timbalan presiden PAS itu juga memberitahu, parti telah mengeluarkan arahan menghidupkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di peringkat negeri.

"Tujuannya ialah untuk membincangkan isu-isu bersama yang berbangkit di kalangan komponen PR," katanya merujuk rungutan wakil Pulau Pinang bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat negeri itu jarang mengadakan mesyuarat.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu timbalan perdana menteri kedua tidak pernah dibincangkan dalam majlis itu.

Katanya, sebarang dasar PR mesti dipersetujui bersama parti komponen termasuk PAS. Perkara ini (timbalan perdana menteri kedua) tidak timbul. Semua dasar mesti dipesertujui PAS," katanya.

9. Beliau dipercayai mengulas isu yang dibangkitkan oleh seorang
perwakilan mengenai laporan akhbar PR bahawa jawatan timbalan
perdana menteri kedua untuk orang bukan Islam akan dilantik jika PR memerintah.
10. Mustafa juga menjelaskan sokongan pengundi Melayu kepada PAS
meningkat pada pilihan raya umum (PRU) 2008 berbanding PRU
2004.
Bagaimanapun, katanya peratus peningkatan itu rendah berbanding sokongan pengundi bukan Melayu kepada parti itu.

Semalam wakil Shah Alam Khalid Samad, ketika membahaskan ucapan dasar presiden, mengatakan sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat mendadak setelah parti itu menyertai PR

0 ulasan: