| Zulaikha Zulkifli |
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan sangat dihormati sebagai bulan ibadah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan akhlak uslimin.
![]() |
"(TERAS) mendapati rencana itu adalah satu penghinaan terhadap kemuliaan bulan barakah yang mengajar para Muslimin untuk mengawal nafsu serta mendidik diri untuk tidak bersifat berfoya-foya dan membazir," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Azmi berkata, program tersebut hanya mengambil kira aspek keuntungan yang dapat dikumpul dari wang pelancongan yang dijadikan perhitungan dan ia menghina bulan Ramadan.
![]() |
Beliau juga berkata kenyataan menteri itu yang mengatakan pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam bagi menjemput imam-imam terkenal bagi memimpin ibadah terawih sebagai satu lagi pakej menarik pelancong untuk berkunjung ke Malaysia, menunjukkan kejahilan beliau terhadap martabat solat terawih di bulan puasa.
Selain itu, beliau juga akan menghantar surat bantahan dalam masa terdekat kepada kementerian pelancongan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menteri hal ehwal agama, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membuat penilaian semula terhadap cadangan tersebut.
![]() |
"Kita nak kumpul banyak lagi sokongan daripada badan-badan Islam di seluruh negara untuk mengesahkan bantahan ini," katanya.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen sebelum ini mencadangkan untuk mengadakan Festival Ramadhan di I-City Shah Alam sebagai salah satu inisiatif bagi menarik pelancong Arab ke Malaysia pada Ogos nanti.




0 ulasan:
Catat Ulasan