Jumaat, 18 Jun 2010

PM berhak tentukan tarikh pilihan raya umum

SINAR HARIAN


JOHOR BAHRU – Keputusan untuk mengadakan pilihan raya akan diadakan bersandarkan kepada kehendak rakyat, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, jentera parti sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bila-bila masa.

“Ia bergantung kepada kehendak rakyat, dengan janji-janji sudah tertunai, rakyat dapat rasai keperluan mereka dipenuhi, esok pun kita boleh adakan pilihan raya,” katanya selepas Taklimat Perancangan dan Tindakan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Presiden UMNO itu berhak tentukan tarikh itu.

0 ulasan: