Isnin, 9 Ogos 2010

Ahmad terima anugerah Umno Bkt Bendera

Susan Loone

Selepas lebih satu jam terlewat, mesyuarat perwakilan Umno Bukit Bendera akhirnya dirasmikan dengan memberi sambutan seorang pahlawan terhadap bekas ketua bahagian, Datuk Ahmad Ismail.

penang bukit bendera umno division agm 080810 02Ahmad yang memutuskan tidak bertanding semula jawatan ketua bahagian - walaupun sebelum ini ahli jawatankuasa bahagian meletak jawatan untuk memberi laluan kepadanya - masuk ke dewan dengan diiringi pembawa bunga manggar dan paluan kompang.

Ia diikuti dengan persembahan pencak silat sebelum bahagian tersebut menganugerahkan dua gelaran kepada Ahmad - 'Bintang Kuasa Melayu Jati 'dan' Wira Bangsa'

Lebih 100 perwakilan dan pemerhati kemudiannya melaungkan "Hidup Melayu" dan "Hidup Umno".

penang bukit bendera umno division agm 080810 03Dalam ucapan perasmiannya, ketua penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Syed Fadli berkata, beliau terpegun dengan kehadiran perwakilan hari ini, yang menurutnya menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tidak lemah dan akan bangkit semula.

"Jangan cuba untuk menguji kesabaran orang Melayu Pulau Pinang kerana ia ada batasnya," katanya sambil menambah, "jangan bermain dengan api."

Musa juga meminta maaf bagi pihak naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut.

penang bukit bendera umno division agm 080810 medalsBercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Musa mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh ketua penerangan Pemuda bahagian, Rose Akmar Ahmed yang mendakwa ahli tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat perwakilan bahagian hari ini.

Musa berkata, laporan polis hanya dibuat ole seorang ahli dalam bahagian berkenaan.

Musa menjelaskan hanya perwakilan dari cawangan Bukit Mewah dan Kampung Mutiara yang tidak hadir hari ini kerana "mereka ada hal lain yang perlu dilakukan".

0 ulasan: