Rabu, 11 Ogos 2010

Belajar dahulu, politik kemudian – Dr Mahathir


mahathir flicker2_250_220 Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata para pelajar tidak seharusnya membazir wang penaja dengan melibatkan diri dalam politik dan mengabaikan pelajaran mereka.

Memandangkan hal ini, perdana menteri yang mentadbir negara lebih 23 tahun itu mencadangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikekalkan. Politik katanya, bukan ketika masa belajar di universiti.

Ironisnya, Dr Mahathir, yang hilang kerusinya sebagai ahli parlimen dalam pilihan raya umum 1969, sering menjadi speaker apabila gerakan pelajar mendapat momentum selepas peristiwa berdarah 13 Mei tahun tersebut.

"Saya fikir orang bayar wang untuk belajar. Selepas mereka tamat belajar, mereka menggunakan wang sendiri dan pada ketika itu nanti bolehlah….. (berkecimpunglah dalam politik)," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai kesan teknologi terhadap pendidikan tinggi di sini hari ini.

Akta AUKU yang menyekat para pelajar dari terlibat dalam politik, sejak sekian lama menerima kritikan sebagai undang-undang yang menindas dan menyekat kebebasan pelajar.

Sejak bertahun-tahun, ramai pelajar ditahan oleh lembaga disipilih universiti kerana terlibat sewaktu kempen pilihan raya dan protes, sehingga ada yang digantung dan dibuang.

Kerajaan dewasa ini, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga kelihatan tidak mempunyai keupayaan politik untuk membasmi undang-undang tersebut, yang digubal pada 1971.

AUKU kekang kebebasan pelajar

Ketika pentadbiran Dr Mahathirlah AUKU benar-benar diperalatkan selepas para pelajar terjun ke jalan raya untuk protes kerana memecat dan memenjarakan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, juga seorang tokoh pelajar ketika di universiti dahulu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak bersetuju dengan penggunaaan undang-undang tersebut secara berlebihan untuk mengekang para penentang.

"Undang-undang itu adalah baik kerana ia memastikan para pelajar buat apa yang sepatutnya mereka lakukan, iaitu belajar," katanya kepada para pemberita pagi tadi.

Ditanya mengenai penglibatan para menteri, baik ketika pentadbirannya maupun sekarang ini, dalam politik ketika mereka menjadi pelajar kata Dr Mahathir, "mereka tidak terlibat dalam politik tapi hanya terlibat dengan akitiviti pelajar."

Hanya pada lewat 1960an dan awal 1970an para pelajar di Malaysia mula memperjuangkan hak asasi manusia, dengan gerakan pelajar lahir di Universiti Malaya memandangkan institusi itu dianggap sebagai universiti terulung di negara ini.

0 ulasan: