| BERNAMA | ||
| |
Beliau berkata pada bulan puasa cuaca boleh mencecah maksimum 33 darjah celcius pada siang dan minimum 24 darjah celcius pada malam.
![]() |
Walaupun kemungkinan cuaca panas, katanya Malaysia masih mengalami monsun Baratdaya sehingga bulan depan dan hujan sekejap-kejap dijangka berlaku pada tiap hari.
"Hujan ribut petir dijangka berlaku sekali-kali di pantai Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat pada awal pagi. Negeri-negeri lain dijangka menerima hujan sekejap-kejap pada sebelah petang," katanya.
Untuk minggu pertama Hari Raya, beliau berkata musim hujan akan berlaku yang dijangka di Semenanjung Malaysia, khasnya pada lewat petang berbanding bulan ini dan awal September.
Untuk keterangan lanjut sila layari www.met.gov.my untuk mengetahui cuaca setiap hari di bandar raya utama dan bandar di Malaysia.


0 ulasan:
Catat Ulasan