| Mohd Ali Hashim |
| BANDAR BAHARU: Kerajaan sepatutnya mewujudkan program menerapkan nilai-nilai murni di kalangan remaja, mendedahkan mereka tentang dosa dan pahala secara serius, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu, Ustaz Yaakub Hussein.
Beliau berkata, dengan wujudnya sekolah sedemikian akan menambahkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Katanya lagi, kewujudannya tersebut seolah-olah menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan kegiatan yang meruntuhkan akhlak tersebut setelah yakin anak yang akan dilahirkan secara tidak sah taraf itu akan mendapat perlindungan dari pihak yang sudah sedia menanti bagi memberi perlindungan. "Dengan adanya sekolah ini maka remaja akan bersikap tidak bertanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Sepatutnya kerajaan mewujudkan program menerapkan nilai-nilai murni di kalangan remaja, mendedahkan mereka tentang dosa dan pahala secara serius. "Kes pembuangan bayi semakin meningkat di kalangan pelajar sekolah. Oleh kerana itu tingkatkan hukuman dan penerangan kepada semua golongan masyarakat program yang berbentuk kempen supaya kegiatan tidak bermoral ini dihentikan segera," katanya lagi. |
Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat
18 min yang lalu
Justeru, katanya keputusan Kerajaan Negeri Melaka untuk tetap melaksanakan cadangan mereka bagi mewujudkan sekolah bagi remaja hamil pada bulan September yang akan datang disifatkan sebagai satu keputusan yang tidak bijak.
0 ulasan:
Catat Ulasan