Selasa, 10 Ogos 2010

Dua ditahan sertai kempen Protes bantah harga naik

KUALA LUMPUR— Polis menahan dua orang yang menyertai kempen protes anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di ibu negara hari ini ekoran pelarasan kadar subsidi bulan lalu.

Gabungan itu yang dianggotai 21 pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan mengadakan kempen di ibu negara sejak petang tadi sebelum memperluaskan gerakan mereka ke seluruh negara.

“Dua orang ditahan. Mereka ialah Tah Moon Hui (penyelaras Suaram) dan Rozan Azen Mat Rasip (Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan Batu),” kata Setiausaha Protes Aiman Athirah al-Jundi kepada pemberita di sini.

Selain mereka, seorang lelaki iaitu ahli jwatankuasa AMK Batu Fareez Kamal juga ditahan.

Mereka ditahan di balai polis Lembah Pantai, kata penyelarasa Suaram E. Nalini.

“Mereka (polis) mengambil keterangan daripada kedua-dua mereka (Tah dan Rozan),” kata Nalini kepada The Malaysian Insider.

Polis menahan mereka di bawah Seksyen 74 Kod Prosedur Jenayah kerana (Tah dan Rozan) enggan memberikan nama dan kad identiti mereka.

“Dan kerana enggan bekerjasama dengan polis,” katanya.

Protes melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.

Penyelaras Protes Dr Hatta Ramli berkata pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.

0 ulasan: