| Abdul Rahim Sabri |
"Saya dimaklumkan (oleh peguam) bahawa saman itu akan dibuat bila-bila masa," kata pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor hari ini.
Ditanya tarikh yang tepat saman itu akan difailkan, beliau berkata itu diserahkan kepada peguam.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan sijil rundingan meja bulat minyak sawit mapan (RSPO) di Wisma.Felda di ibunegara.
Menurutnya, sikap negatif yang ditujukan kepada Felda mempunyai "agenda politik tertentu".
"Ia sebenarnya bersifat politikal," katanya lagi.
Mengulas mengenai tindakan 766 peneroka di Negeri Sembilan yang menyaman Felda Isnin lalu, Yusuf mendakwa, ia diuruskan oleh sebuah kumpulan tertentu supaya peneroka mendengar cakap mereka.

0 ulasan:
Catat Ulasan