KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hubungan peniaga muda di kalangan pelbagai kaum adalah renggang dan ini tidak baik perpaduan kepada negara.
Menurutnya, ianya jelas kelihatan kepada golongan peniaga yang berusia antara 20-an dan 30-an.
"Sekarang ini orang muda dengan diri sendiri, orang Melayu dengan orang Melayu dan orang Cina dengan orang Cina, ia tidak baik dalam konsep 1Malaysia.
"Untuk perpaduan, peniaga Melayu, Cina dan India perlu ada kerjasama dan mereka perlu ada payung.
"Saya cadang peniaga muda yang berumur bawah 35 tahun masuk dalam satu dewan. Mungkin kita boleh beri nama Dewan Perniagaan Muda 1Mlaaysia," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Sebelum itu, beliau merasmikan seminar rancangan Malaysia ke-10 anjuran dewan perniagaan Melayu Malaysia (DMPP) di ibu negara pagi tadi.
Dua kertas kerja turut dibentangkan dalam seminar sehari itu.
Mustapa menegaskan penubuhan dewan ini sama sekali tidak merugikan peniaga muda Melayu, sebaliknya menguntungkan mereka.
Menurutnya, kementeriannya akan membantu menubuhkan dewan perniagaan muda pelbagai kaum ini.
Sementara itu, Presiden DPMM Syed Ali Alattas berkata, pihaknya memerlukan RM1 bilion untuk memulihkan usahawan bumiputera.
Peruntukan kerajaan RM500 juta tidak mencukupi dan peniaga Melayu menghadapi masalah kerana pihak bang enggan memberi pinjaman, tambahnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan