Ahad, 8 Ogos 2010

Mati dalam mahkamah

JENAZAH Wan Khairul diusung keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan .

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini semalam gempar apabila seorang lelaki yang dalam proses pertuduhan kes dadah meninggal dunia sebelum sempat menghadiri prosiding semalam.

Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit dibawa masuk ke mahkamah sementara menunggu ketibaan Majistret Nordiana Abdul Aziz pada pukul 8.15 pagi.

Dia meninggal dunia dalam ribaan abangnya, Wan Hairul, 35.

Menurut Wan Hairul, sebelum kejadian, adiknya kelihatan tenat semasa dibawa ke mahkamah dengan tangan digari bersama tiga tertuduh lain.

“Ketika itu dia kelihatan tidak bermaya. Saya kemudian membaringkan dia atas riba sebaik melihat dia mengalami sesak nafas.

“Saya kemudian meminta pertolongan beberapa pegawai supaya memanggil ambulans tetapi tidak dipedulikan.

“Kira-kira 30 minit dia kemudian berhenti bernafas dan terkulai,” ceritanya semasa ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Tambahnya, 10 minit kemudian, barulah ambulans tiba dan membawa jenazah adiknya ke HTAA untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan pihak Penjara Penor yang tidak memantau keadaan kesihatan adiknya sebelum dibawa ke mahkamah.

5 ulasan:

Jonny berkata...

Takziah diucapkan kepada keluarga si mangsa.

gunner berkata...

takziah, pihak penjara seharusnya peka dan memantau kesihatansi mati sebelum membawa ke mahkamah. bagaimanapun takziah diucapkan kepada keluarga si mati. semoga rohnya diberkati.

eika berkata...

takziah..semoga pihak keluarganya tabah menghadapi pekara ini..

Leo berkata...

My condolence to the victim's family. May he rest in peace.

boY berkata...

memang kesihatan tahanan perlu diambil kira. apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. ajal seseorang tidak dapat diduga.