SHAH ALAM — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad hari ini mengkritik Umno Selangor yang meminta agar pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan dengan menyifatkan gesaan itu sebagai sikap “hipokrasi” parti itu.
“Ia bukan hanya dosa ketika bulan Ramadan,” kata beliau sambil menambah, pendekatan betul adalah menerusi pendidikan, bukannya tekanan.
Khalid (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mempersoalkan motif Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dengan menyifatkannya sebagai tindakan bermotifkan politik.
Sehubungan itu kata Khalid, berbanding dengan tindakan Umno Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengenakan paksaan ke atas rakyat.
Sebaliknya jelas beliau, kerajaan negeri Selangor pimpinan PR akan mendidik orang ramai dalam isu-isu seperti itu.
Kata beliau, umat Islam tidak seharusnya tidak melakukan atau menghindari perkara-perkara berdosa ketika bulan Ramadan.
“Jika mereka hanya mahu memerintah negara tanpa gereja, kuil, ladang khinzir, kilang bir, mereka hanya boleh menerajui kerajaan di Mekah dan Madinah,” katanya lagi.
Minggu lalu, Noh mencabar kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.
Noh telah mempertanggungjawabkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor supaya mendesak kerajaan negeri Selangor sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam.
Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan Selangor menutup lebih 4,500 pusat judi dan rumah urut di seluruh negeri ini atas kapasiti beliau sebagai pengerusi Gerakan Belia 4B tempatan.
“Jika ini dapat dilakukan kami yakin negeri Selangor akan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain,” katanya.
Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut.

0 ulasan:
Catat Ulasan