Rabu, 11 Ogos 2010

Pengenalan : Nasib Daerah Melayu Sarawak

“Daerah Kabong di Tindas”

Di zaman kesultanan Brunei dan Keluarga Brooke memerintah Sarawak dahulu, bahagian Saribas merupakan penempatan komuniti penduduk melayu paling ramai di Sarawak. Yang ke-2 komuniti penduduk melayu paling ramai adalah bahagian Kuching. Kini setelah Sarawak merdeka dan menyertai Malaysia, Bahagian Saribas telah dipecah belahkan oleh pemimpin-pemimpin yang takutkan kekuatan orang-orang melayu. Dengan pembahagian kawasan kini, kita lihat dari sudut geografi politik. Kerusi DUN dan PARLIMEN Kelihatan Bahagian Kuching mempunyai kerusi melayu terbanyak.

Cuba kita teliti secara mendalam bahawa kampung melayu terbesar di Sarawak adalah Daerah Kabong. Yang ke-2 terbesar adalah daerah Pusa, manakala daerah Beladin adalah perkampungan melayu ke-3 terbesar di Sarawak. Ketiga-tiga daerah ini sebenarnya berdekatan dan bersebelahan dengan Saribas (Gelaran dahulu).

Setelah merdeka, daerah Kabong inilah yang cuba dikeluarkan dari bahagian Saribas serta daerah Kabong yang menempatkan bilangan melayu terbesar di Sarawak ini telah dibelasah teruk. 2 kampung melayu iaitu Kampung Gerigat dan Kampung Nyabor milik daerah Kabong di ambil dan diletakkan di dalam daerah Roban yang majoritinya kaum Iban. Kini daerah Kabong digelar daerah kecil yang dimasukkan dalam parlimen Saratok, yang juga kuasa kaum Iban. Ini sekaligus membawa maksud kaum melayu Kabong sudah tidak ada suara lagi.

Kita tidaklah kisah kaum manapun nak memimpin kita. Tetapi,Yang sedihnya, yang menjadi persoalannya ialah mengapa daerah Kabong telah di di pinggir dan dianak tirikan dari kawasan Saratok. Projek-projek pembangunan infrastruktur dan sosial banyak di utamakan hanya di daerah Roban dan Saratok. Di sini sentimen perkauman dilihat begitu jelas sekali. Dari tahun 1960-an dahulu hinggalah sekarang ahli-ahli Parlimen Saratok jelas bersikap Rasilis dan Parokial termasuklah ADUN Kalaka dari Saratok dari kaum melayu sendiri. Sama sahaja bersikap nepotisme dan parokial.

Pelbagai contoh lain dapat kita jelaskan. Daerah Roban yang penduduk nya cuma 7 ribu lebih, tetapi Pekan Roban banyak pembangunan. Pembinaan bangunan, pasar konkrit, projek Salcra dan sawit jelas diutamakan di daerah Roban. Malah jalanraya sudah diturap sejak tahun 1980-an lagi, sekolah-sekolah rendah dan menengah konkrik sudahpun dibina pada ketika itu. Ditambah lagi dengan dewan dan balairaya dibina yang menunjukkan projek-projek kerajaan banyak di daerah Roban.

Daerah Saratok yang menempatkan Bandar Saratok usah diperkatakan lagi. SMK Agama, Giat MARA, jalan raya dan pelbagai projek kerajaan pusat dibolot habis oleh daerah Saratok. Hingga kita dapat melihat sekarang Bandar Saratok mempunyai 2 balai bomba. Kenapa tidak dibina Balai Bomba di Kabong ? Daerah Kabong pula, sekolah SMK nya baru dibina 1993 dahulu. Jalanraya nya baru siap dibina pada tahun 2007 manakala klinik baru dibina pada tahun 2005. Kesimpulannya pekan Kabong hingga sekarang masih tidak berubah-rubah. Masih pasar kayu, sedangkan daerah Kabong mempunyai seramai 13 ribu orang..

Daerah Saratok penduduknya 14 ribu orang. Tidak jauh beza dengan daerah kabong, tetapi mengapa pembangunan banyak di salurkan ke daerah Saratok dan daerah Roban sahaja. Daerah Kabong menempatkan kaum melayu dan Umat Islam majoriti di Sarawak. Sepatutnya daerah Kabong sekurang-kurangnya mempunyai Jabatan Agama Islam, Baitulmal, Lembaga Amanah Islam, masjid terbesar di Sarawak, sekolah-sekolah agama kerana daerah-daerah yang berhampiran Kabong adalah majoriti Islam dan melayu. Bangunan Persatuan melayu pun tidak ada.

Sudahlah Daerah Kabong ditindas tidak diberi pembangunan, hiburan , artis dan Fun fair penuh dihantar ke daerah Kabong. Kampung Gerigat dan Kampung Nyabor yang di masukkan ke dalam daerah Roban terus didera tidak ada pembangunan langsung.

Pada bulan Jun 2010 yang lepas kita mendapat berita penduduk daerah Simunjan manarik nafas lega apabila wakil rakyatnya Mohamad Naroden turun padang mengumumkan bahawa 400 lot tanah telah disediakan untuk kawasan penduduknya yang sudah bertahun lama menanti. Persoalannya ! kenapa baru sekarang nak beri ? kenapa hamper nak pilihanraya baru nak beri ? Sebenarnya apa yang berlaku di Simunjan adalah cerita yang sama menimpa nasib penduduk di semua daerah di Sarawak termasuklah di Kuching, Kota Samarahan, Miri dan Bintulu.

Salah satunya sedarkah kita. Penduduk kampong Daerah Kabong terutamanya Kampung Laut, Kampung Hilir, Kampung tengah, kampong Hulu, Kampung Masjid Lama yang terdiri daripada beribu-ribu orang penduduk tidak ada milik tanah sendiri. Angka ini melebihi daripada penduduk Simunjan yang telah pun diberi lot tanah. Daerah Kabong yang begitu mempunyai tanah yang cukup besar tetapi penduduknya beribu orang tiada tanah sendiri. Fikirlah dalam satu rumah adik-beradik yang ramai sudah berkahwin , ada anak, nenek dan cucu tetapi masih berhimpit dalam satu rumah. Fikirkanlah, bagaimana nasib-nasib generasi baru anak-anak Kabong pada masa akan datang..

Sedangkan menteri-menteri dan wakil rakyat Sarawak banyak mempunyai harta dan duit yang banyak serta tanah, rumah yang banyak di pelbagai tempat. Penduduk Daerah Kabong juga sekarang ramai terpaksa membina rumah di persisir laut dan ada yang terpaksa membina rumah di atas tapak perkuburan.

Adapun wakil rakyat Kabong (Adun N.33 Kalaka : Abdul Wahab Aziz) dan (Parlimen P.205 Saratok : Jelaing Ak Mersat) telah membuka tanah lot untuk penduduk Kabong di Emburuh. Sebenarnya di sebalik cerita itu hanya bebarapa orang penduduk sahaja yang mendapatnya. Itupun hanya yang bekerja dengan kerajaan yang diberi tanah lot di Emburuh yang rata-ratanya sudah ada rumah sendiri dan tanah…

Nasib malang terus menimpa warga Kabong !

Inilah nasib daerah Melayu Sarawak. Fikirkanlah.

Daripada : Anak Jati Kabong, Sarawak

1 ulasan:

Faizwan berkata...

Salam...
Saya bersetuju benar dengan setiap ulas bicara saudara mengenai Kabong. Serba serbi kekurangan, Jabatan Agama takda, ini takda itu takda. Tapi saya melihat perkara ini sebagai salah satu punca mengapa belia Kabong menjadi semakin 'rosak'. Samada mereka memberontak dengan perkara ini ataupun sebaliknya. Wallahualam. Namun, yang paling merisaukan adalah 'akidah' belia kita jauh terpesong. Arak, judi senang didapati. Hiburan lagi banyak dari majlis keilmuan. Ini yang sebenarnya akan merosakkan Kabong. Mohon dijauhi dari bencana besar. Semoga Allah SWT masih memayungi Kabong dengan keamanan dan kedamaian dah jauhkan kesengsaraan dan bencana buatan manusia. Salam.