Rabu, 11 Ogos 2010

Poligami: Hukuman penjara Bung Moktar batal, diganti denda RM1,000

TERKINI


Bung Moktar dan Zizie (kanan) meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. — gambar fail

SHAH ALAM— Hukuman penjara sebulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan BN Datuk Bung Moktar Radin kerana berpoligami tanpa kebenaran dibatalkan dan digantikan dengan denda RM1,000.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengumumkan keputusan itu pagi ini selepas mendengar rayuan Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Bung Moktar, 51, yang bernikah dengan pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, sebagai isteri kedua, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember lalu.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

Rayuan beliau didengar oleh Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim.

“Setelah melihat rekod rayuan yang dikemukakan sebelum ini adalah teratur, mahkamah putuskan hukuman penjara dipinda kepada denda RM1,000.

“Jika perayu (Bung Moktar) tidak membayar denda tersebut beliau boleh dikenakan hukuman penjara selama satu bulan,” kata beliau ketika membacakan keputusan tersebut.

Kata Mukhyuddin, oleh kerana ini merupakan kesalahan kali pertama dan memandangkan perayu mempunyai tanggungjawab besar kepada keluarga dan masyarakat, beliau percaya jika dikenakan hukuman penjara ia akan menjejaskan tanggungjawab beliau kepada keluarga. “Kemungkinan kesengsaraan yang ditanggung keluarga yang ditanggung boleh mendatangkan kemudaratan.

“Selain itu, reputasi dan imej perayu sebagai Ahli Parlimen akan dipandang negatif oleh masyarakat sekiranya hukuman penjara dikenakan,” kata Mukhyuddin ketika merumuskan keputusan tersebut.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan kelihatan Bung Mokhtar dan Zizie Izette menitiskan air mata kerana sebak.

Ketika ditemui di luar mahkamah Bung Mokhtar berkata, keputusan itu adalah yang terindah kepada dirinya sempena menyambut 1 Ramadan hari ini.

“Saya bersyukur dengan keputusann mahkamah hari ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada saya selama kes ini berjalan.

“Ini adalah hari terindah kepada diri saya sempena menyambut 1 Ramadan hari ini,” katanya.

Kemudian beliau membayar denda itu.

10 ulasan:

tombolo berkata...

nampaknya rayuan Datuk Bung Moktar diterima mahkamah, beliau tak dipenjara. apapun semoga hubungan Datuk dgn Zizie akan berkekalan hingga akhir hayat.

Jason berkata...

Semoga Datuk telah mempelajari sesuatu dari perbuatannya. Lain kali kalau Datuk bercadang untuk berpoligami lagi, jangan sesekali lupa untuk mengambil kebenaran.

eika berkata...

semoga pasangan ini berbahagia hingga ke anak cucu. ada hikmah atas apa yang berlaku. ambil lah pengajaran daripada pekara ini.

Ted Medresher berkata...

kes Datuk Bung lebih baik kerana beliau berusaha untuk mempunyai ikatan perkahwinan berbanding dengan individu lain yang bersekedudukan tanpa sebarang ikatan.

Dayang berkata...

Asal beliau bahagia sajalah. Syukurlah di bulan mulia ini, Datuk tidak kena jatuhkan hukuman penjara.

Paquin berkata...

Takpalah yg penting dia da insaf dan jaga r/tangganya hingga ke akhir hayat.

Paquin berkata...

Y abetul tu Ted Medresher. hehehe
Kena penjara atau tak, hal kedua yg penting hal ni dapat dijadikan pengajaran :)

Jonny berkata...

Jadikan ini sebagai pengajaran.

toM berkata...

janganlah membuat undang-undang sendiri dalam berpoligami..patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan.

toM berkata...

jadikan ini sebagai satu pengajaran keapda semua. ini kera bernasib baik mahkamah melonggarkan hukuman. patuhilah undang-undang yangtelah diberikan.