| BERNAMA | ||
| |
Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata sebarang usaha untuk meminta campur tangan asing terhadap undang-undang negara juga merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima dan ia jelas mencabul kedaulatan sesebuah negara.
"Tindakan bekas naib presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan bekas presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang mendesak kerajaan Amerika untuk campur tangan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang biadap," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Al Gore dan Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal baru-baru ini, mahu kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Shahanim berkata pergerakan itu turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak tunduk terhadap campur tangan mana-mana pihak.
Muhyiddin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan dan desakan mana-mana pihak atau negara luar berhubung kes liwat membabitkan Anwar.
Beliau turut menyifatkan gesaan itu sebagai satu tindakan sia-sia serta menunjukkan Anwar seorang yang terdesak sehingga menggunakan 'talian hayat' dan sentiasa bersubahat dengan rakan-rakan luarnya demi kepentingannya.

0 ulasan:
Catat Ulasan