ALOR SETAR — Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dibelasah empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lepas.
Mohd Asri Ismail, 18, berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.
“Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.
“Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata selepas dibelasah, barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap.
Berikutan kejadian itu, Mohd Asri telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Bapanya, Ismail Ali, 52, berkata dia tidak kisah jika anaknya disaman kerana Mohd Asri mungkin melakukan kesalahan, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan anggota polis memukul mangsa sehingga cedera.
“Tindakan yang mereka lakukan terhadap anak saya ini terlalu kejam. Saya sangat kesal dengan tindakan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata beliau akan meneliti semula laporan kes tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika anggota terbabit didapati bersalah.
“Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati anggota itu bersalah, kita akan mengambil tindakan kerana kita tidak akan berkompromi dengan anggota yang bertindak sedemikian,” katanya.

17 ulasan:
hal ini perlu disiasat bagi memastikan sejauhmana kebenarannya dakwaan remaja ini. hal ini bukan hal remeh ia melibatkan reputasi pihak polis yanbg semakin tercemar.
kenapa perkara begini boleh berlaku?tidakkah itu satu tindakkan yang tidak baik. Kalau mahu saman, tidak payahlah mahu pukul. saman bagi selesai. Ini tidak, mahu main pukul lagi. itu bukan saman, itu cerita balai dan mahkamah sudah. berfikirlah wahai polis sekelian. pakai otak bukan pakai lutut.
sungguh kejam jug polis itu. kenapa bertindak tidak mengikut peraturan. tidak ada polis diajar saman dengan memukul orang. Ini sudah keterlaluan. Tindakkan harus diberikan kepada polis-polis yang mengacam orang awam ini.
pekara ini perlu disiasat bagi mencari kebenaran. adalah tidak wajar anggota polis bertindak sedemikian. sebagai anggota polis mereka patut menjaga imej pasukan polis.
Jikalau benar dakwaan remaja itu, polis tersebut harus dilucut dari jawatannya.
Tidak tersangka ada juga polis sanggup pukul seseorang sebelum disaman. Saya rasa ia sukar untuk mempercayai dakwaan remaja tersebut. Siasatan harus dibuat untuk memastikan kebenaran budak tersebut.
Police are suppose to protect and serve. Not injuring or beating a kid till pulp. Upper level of the Police Force, please investigate this beating of a civilian by a policeman.
kalau benar dakwaan itu, ambil tindakan segera kerana kes ini melibatkan imej anggota polis secara keseluruhan. bukan begitu caranya mendidik masyarakat agar mematuhi undang2..
This is an epitome of a coward act! He's only 18 but have been attack by four full grown man..& the worst part is all four of them were police officer, who have taken oath to serve & protect...police brutality must be stop at all cost, the relevant authority/party should investigate this matter & bring the culprit to justice.
sebagai seorang anggota polis, adalah tanggungjawab mereka untuk menegakkan undang2 dan keadilan..perlakuan yang melampau seumpama ini harus ditangani...
kemungkinan anggota polis yang dimaksudkan oleh pengadu telah lama melakukan perbuatan tersebut...perbuatan sedemikian adalah amat memalukan jabatan polis keseluruhannya..
siasatan harus dilakukan segera...jika benar, maka tindakan yang setimpal harus diambil..
harap kejadian seumpama tidak berulang..rakyat kinisemakin hilang kepercayaan terhadap kewibawaan dan intergriti anggota polis..janganlah memburukkan lagi keadaan untuk mengelak perkara ini menjadi lebih teruk...
Siasat perkara ni... pastikan yg pukul remaja tu mmg polis & bukannya org yg menyamar jadi polis.
Apapun, saya harap hal ni diselesai & diperjelaskan segera. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!!
Kes yang biasa ja...polis memang tidak berotak sedar pada masa kini. Memang memalukan.
Penyiasatan lanjut diperlukan. Ada kes dimana penjenayah menyamar sebagai polis. Tapi kita sebagai pembaca juga tidak pasti lagi, semuanya kenalah tunggu lepas penyiasatan.
Catat Ulasan