Ahad, 15 Ogos 2010

Tikus menghantui penduduk pangsapuri Seksyen 16 Shah Alam

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Masih lagi berleluasa , itu luahan penduduk Seksyen 16 pangsapuri mengenai masalah tikus yang tidak terkawal yang membelenggu mereka sehingga kini.

Biarpun sebelum ini ada usaha yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan bagi menangani masalah itu, namun ianya masih belum mencukupi untuk menghapuskan kesemua tikus yang ada di kawasan itu.

Penduduk di situ juga mendakwa pengurusan sampah yang tidak terurus menyebabkan masalah tikus semakin menjadi-jadi.

Malah,apa yang lebih membimbangkan kehadiran tikus yang tidak terkawal itu boleh mengundang penyakit kepada mereka khususnya kanak-kanak.

Sementara itu , Ketua Biro Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5, Haji Arrifin menggesa agar pihak berkuasa tempatan mengkaji langkah yang lebih efektif dalam menghapuskan tikus.

Ini kerana kaedah yang digunakan sebelum ini hanya berjaya mengurangkan jumlah tikus tapi ia tidak menghapuskan kesemua tikus yang ada di kawasan itu.

0 ulasan: