FREE MALAYSIA TODAY
BACHOK: Umno Kelantan akan menyelesaikan masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat negeri jika memerintah Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.
Mendakwa kerajaan PAS gagal mengatasinya, Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Awang Adek Hussein berkata, isu air bersih akan menjadi agenda Umno dalam pilihnaraya kelak.
"PAS Kelantan telah gagal menyelesaikan masalah itu walaupun telah memerintah i 20 tahun di negeri itu.
"Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya di sini, semalam.
Beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata, kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Bagaimanapun, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.
"Sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.
"Memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut hari raya aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi," tambahnya.

16 ulasan:
Harap apapun tindakkan UMNO biarlah dengan cara yang bersih. Harap semoga UMNO akan berjaya membantu rakyat Kelanatan yang memerlukan pertolongan bagi air bersih.
air bersih satu keperluan dan apa salahkan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan bertahun-tahun mendapat perhatian untuk diselesaikan??
peliklah... orang nak tolong, dipertikai pula?
Yang penting bersainglah secara sihat. Utamakan kebajikan rakyat :)
Semoga rakyat kelantan kana dapat menikmati bekalan air bersih :)
Malaysia telah merdeka sejak 1957 tetapi masalah bekalan air bersih di Kelantan masih tidak diselesaikan. Hmm..
bagaimana keperluan yang sangat penting dalam kehidupan harian ini tidak dapat ditangani oleh kerajaan PAS?? inikah perjuangan PAS yang sibuk mengutuk, mengkritik dan memfitnah parti lain sedangkan rakyat di negeri sendiri terus terabai nasib dan kepentingan mereka.
"Umno Kelantan akan menyelesaikan masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat negeri jika memerintah Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang."
I hope UMNO kelantan will fulfill their promise if they happen to win in the next election.
rakyat kelantan berhak menggulingkan kerajaan yang tidak mampu membela nasib mereka. buatlah pilihan yang terbaik dalam pilihanraya umum akan datang..
Harap semua parti bersaing secara adil dan bersih. Segala janji2x kepada rakyat harus ditunaikan.
air bersih merupakan keperluan kepada semua orang. memang wajar jika pekara ini diperjuangkan.
Air bersih adalah keperluan asas, ini sepatutnya disediakan dari awal lagi. Bukan digunakan untuk mendapatkan pengundian.
masalah bekalan air bersih perlu diselesaikan. air bersih amat penting dalam hidup.
masalah bekalan air bersih bukan masalah kecil, ia perlu diselesaikan, tnpa bekalan air bersih, ia boleh menyebabkn pebagai gejala penyakit. harap bekalan aitr bersih akan tiba kepada penduduk kelantan.
keperluan terhadap bekalan air bersih amat penting. pekara ini perlu diambil berat dan diselesaikan.
Catat Ulasan