Selasa, 28 September 2010

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

BERNAMA

KOTA BAHARU – Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

“Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

“Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya,” katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

“Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan,” katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

“Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya,” katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni.

15 ulasan:

ali asgar berkata...

LPF harus tangani animasi japan yang boleh merosakkan minda kanak-kanak. Sebelum terlambat bertindaklah dengan pantas untuk menghalang unsur-unrsu negatif datang menghantui minda kanak-kanak.

zaimi berkata...

animasi yang tidak sesuai untuk kanak-kanak perlulah ditapis atau diharamkan.

Kamal berkata...

Pada pendapat saya, animasi jepun adalah satu faktor yang mendorongkan kanak2x untuk membuat seks. Sila tapiskan atau lebih baik lagi kalau diharamkan!

Antanum berkata...

Jika perlu ditapis, tidak menjadi masalah saya fikir, kerana ini untuk kebaiikan bersama dan masa depan generasi akan datang...

Jonny berkata...

Ibu-bapa perlu memastikan bahawa animasi yang ditonton oleh anak kecil adalah sesuai untuk mereka.

mantra berkata...

Animasi Jepun memang perlu ditapis, byk animasi2 jepun mempunyai unsur2 yagntidak baik yang boleh merosakkan minda kanak2, sebaiknya kerajaan dan ibu bapa memantau animasi2 untuk ditonton kanak2.

maxi shenzi berkata...

terpulanglah dengan LPF sebab itu adalah tugas mereka...

gambir berkata...

Memang tidak dinafikan filem animasi Jepun antaranya DVD memaparkan adegen yang kurang baik untuk tontonan kanak2. Pakaian seksi/singkat yang digunakan dengan membuka dada juga turut merosakkan minda kanak2 maka penapisan filem ini wajar dilakukan.

jieah berkata...

filem animasi perlu ditapis jika terdapat unsur yang tidak sesuai untuk ditonton, terutamanya oleh kanak-kanak.

langsat berkata...

Memang perlu ditapis mana2 filem yang mempunyai unsur2 negatif yang boleh merosakkan minda kanak2.

langsat berkata...

Tapis dan haramkan filem2 yang keterlaluan sahaja.

POP berkata...

Memang pula telah menjadi tontonan hangat dalam kalangan kanak-kanak terutamanya remaja. Pihak yang berkuasa haruslah bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini sebelum masalah ini menjadi semakin besar.

Jari berkata...

Mengapa baru LDF sedar? Bukan saja pada filem malah pada game2 PSP, PS2, XBOX SEMUANYA mempunyai animasi2 seperti ini.

Paquin berkata...

Pihak yang bertanggungjawab harus tapi sedutan rancangan yang kurang sesuai dgn budaya kita. Tambahan pula jika rancangan tu rancangan kanak2 kan..

Paquin berkata...

Ibu bapa pun harus bagi kerjasama juga. Nasihatkan anak2 supaya tak mudah terpengaruh dengan rancangan yang ditonton :)