Sabtu, 18 September 2010

Belum ada tanda isu pendatang tanpa izin di Sabah selesai


pendatang asing Oleh Muda Mohd Noor

KOTA KINABALU: Belum ada tanda-tanda isu kebanjiran pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah akan menemui titik nokhtah.

Beberapa penduduk Sabah berkata, isu ini hanya selesai jika pihak kerajaan mempunyai keazaman yang kuat kerana ia berlaku sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Kebanyakan Pati di Sabah merupakan dari Filipina dan Indonesia yang dikatakan hampir sejuta orang.

Menurutnya, ketua menteri silih berganti tetapi sampai sekarang masalah tersebut belum diatasi, malah kehadiran mereka semakin ramai.

Jemong Lubang dari Putatan berkata, anehnya kerajaan pusat juga mahu menyelesaikan isu itu tetapi nampaknya tidak berjalan.

"Apa yang menyebabkan isu ini begitu sukar diselesaikan, saya sendiri tidak tahu. Tetapi rakyat Sabah sudah muak dengan isu ini.

"Saya bimbang isu Pati ini tidak mahu diselesaikan kerana faktor-faktor tertentu, mungkin faktor politik," katanya.

Seorang pemandu teksi pula berkata, menangkap dan menghantar balik ke negara asal tidak akan menyelesaikan masalah.

"Berapa ramai yang boleh ditangkap dan ditempatkan di pusat tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka," kata K Joseph.

Beliau berkata, Pati yang tinggal di Sabah bukan setak setahun dua tetapi sejak berpuluh-puluh tahun.

"Apakah mereka ini juga dikategorikan sebagai Pati dan akan dihantar balik ke negara asal mereka jika ditangkap?

"Adakah negara asal mereka masih mahu menerima mereka? Mereka ini telah bermastautin di negeri ini serta mempunyai keluarga di sini.

"Ada juga di antara mereka yang telah berkahwin dengan rakyat negeri ini dan mempunyai anak di negeri ini, tetapi masih belum mempunyai sebarang dokumen peribadi," tambahnya.

15 ulasan:

zaimi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaimi berkata...

usaha untuk menyelesaikan masalah PATI sentiasa dijalankan. namun semua pihak perlulah memberikan kerjasama dalam pekara ini. masyarakat juga boleh membantu dengan memberikan laporan kepada pihak berkuasa jika mengetahui sebarang maklumat. masyarakat juga jangan sesekali membenarkan PATI menyewa di rumah mereka dan jangan mengambil PATI sebagai pekerja.

Jonny berkata...

Tidak senang menghapuskan masalah PATI. Cara yang berkesan perlu ada jika ingin mengurangkan bilangan PATI yang ada dan juga menghalang mereka daripada memasuki negeri kita.

supra berkata...

masalah PATI ini semakin sukar nak diselesaikan, ia memerlukan kerjasama semua pihak, masalah ini perlu dibendung sebelum ia menjadi semakin kronik.

Raven berkata...

Masalah PATI tidak mungkin dapat diselesaikan dalam satu malam. Kerjasama semua pihak harus ada. Selain itu, pihak kerajaan harus mempunyai keazaman yang kuat untuk menyelesaikan masalah ini.

Jason berkata...

Agree with Supra. Solve this issue as soon as possible before it gets worse.

lafizah berkata...

Ini bukan masalah satu pihak saja, tapi masalah bagi semua penduduk. Berilah kerjasama baru masalah ini boleh diselesaikan. Kita tidak boleh berputus asa untuk menangani sesuatu masalah. Harap kerajaan akan mencari satu penyelesaian yang sangat berkesan.

gunner berkata...

masalah pati jika terus dibiarkan, ia akan menjadi satu masalah yng sgt besar kerana hak2 penduduk tmpatan semakin terjejas akibt kehadiran pati yanbg terlal ramai. kita tak boleh biarkan ini berlaku. selesaikan masalah PATI.

jieah berkata...

usaha yang berterusan perlu dibuat dalam menyelesaikan masalah PATI ini. semua pihak kena bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah ini.

mike berkata...

isu PATI di negeri kita bukanlah satu isu yang baru..sudah bertahun-tahun isu ini bertapak di negeri kita sehingga ada yang telah beranak-pinak di negeri ini..apakah isu ini tidak akan dapat diselesaikan?

mike berkata...

pihak kerajaan harus mempunyai keazaman yang kuat untuk menyelesaikan isu ini..keazaman ini haruslah diterjemahkan kepada bentuk tindakan yang berkesan..

mike berkata...

semua lapisan masyarakat haruslah memberikan sepenuh kerjasama untuk menyelesaikan isu ini..penyelesaian kepada isu ini adalah tanggungjawab kita bersama..

mike berkata...

its time to stop the talk and start the walk..

mike berkata...

dimanakah silapnya? PATI di sabah makin hari makin bertambah..

neiji sheito berkata...

masalah ini boleh dikurangkan malah diselesaikan jika pintu masuk negara dan perairan negara dikawal dengan ketat tanpa wujudnya unsur2 rasuah. tidak ada guna jika kita berjaya menghantar 10 orang tapi esok akan datang 20 orang PATI. beri tumpuan sepenuhnya kepada perairan dan pintu masuk negara kita jika ingin masalah ini selesai.