BILA bercakap soal bantuan, khususnya bantuan kewangan, sekecil tahi mata, yang diberikan kerajaan kepada rakyat, pemimpin UMNO/BN menggambarkan seolah-olah wang tersebut datang dari poket mereka.
Mereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!
Saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO/BN, wang kerajaan itu datangnya dari siapa? Gaji dan elaun yang diterima oleh para YB UMNO/BN itu sumbangan daripada siapa? Tentulah wang hasil dari keringat rakyat yang dikutip setiapa hari dan setiap tahun lalu digunakan untuk membayar gaji serta elaun para YB UMNO/BN.
Rakyat yang bekerja di pelbagai sektor, swasta atau awam, serta para peniaga dan usahawan membayar cukai pendapatan setiap tahun sehingga mencecah lebih RM50 billion. Kutipan yang dibuat oleh LHDN inilah yang disalurkan ke poket para pemimpin UMNO/BN.
Wang yang dikutip setiap hari melalui saman ekor dan denda kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa itu jugalah yang dikumpulkan dan diguna untuk membayar gaji dan elaun YB dan Menteri-menteri UMNO/BN.
Sewajarnya para pemimpin UMNO/BNlah yang patut bersyukur kerana rakyat masih bermurah hati menjadi pembayar cukai dan pembayar saman ekor yang setia.
Oleh yang demikian, saya ingatkan pemimpin UMNO/BN supaya jangan pandai-pandai keluar fatwa tentang isu kufur ini. Adalah menjadi wajib bagi setiap individu Muslim dan rakyat seluruhnya bagi menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada piliharaya ke-13 akan datang.
Tanah milik rakyat dirampas, kampung halaman dirobohkan, khazanah negara di faraidkan semaunya di kalangan ahli keluarga dan kroni UMNO/BN, pembaziran dalam perbelanjaan projek-projek mega, kos projek sentiasa naik secara tidak munasabah sebagaimana yang berlaku dalam pembinaan lebuhraya Sapulut-Kalabakan.
Manakala hasil balak dimanipulasi, wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan pembangunan umat Islam sebagaimana berlaku di USIA telah dirompak, tanah milik MUIS diberikan kepada bukan Islam dan janji untuk membina masjid oleh IJM sehingga kini tidak kelihatan kalibatnya.
Penolakan perlaksanaan undang-undang Islam juga merupakan isu utama yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas para pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam. Inilah antara dosa-dosa besar para pemimpin UMNO/BN yang menjustifikasikan wajibnya umat Islam mengkuburkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 ini.
Rais buta mana harta negara & Umno
1 jam yang lalu

12 ulasan:
pekara seperti ini tidak perlu dijadikan isu. memang kita patut bersyukur kepada Allah. dan tidak salah juga jika berterima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan bantuan kepada rakyat.
hal ini tak perlu nak dijadikan isu, kita seharusnya berterima dgn bantuan yang diberikan kerajaan.
PR benar2 terdesak sehingga perkataan berterima kasih dan bersyukur pun boleh dijadikan isu. PR tidak perlu bersusah payah menasihati umno/BN kerana negeri2 jajahan PR juga sangat memerlukan nasihat seperti itu. penindasan, kemiskinan, penipuan, diskriminasi masih berlaku di negeri2 PR... so, nasihatkan diri sendiri sebelum menasihati orang lain. walau sebanyak mana kutukan PR terhadap umno/BN, semua itu tidak menjamin kejayaan PR dalam PRU13.
Sya rasa ini bukan isu..tidak payahlah membuatkan perkara ni sebagai isu. PR perlu bijak mengenal mana satu isu dan mana bukan. Sila fukus mencari penyelesaiankan kepada masalah rakyat.
Harus bersyukur kepada kerajaan kerana sedia menolong rakyat dalam apa jua masalah.
Kita bersyukur kepada tuhan dengan adanya kerajaan yang seperti UMNO/BN. Jadi kita bersyukur hamba-hamba tuhan yang mahu membantu dan pertolongan kepada kita.
tidak salah jika kita berterima kasih kepada pihak kerajaan yang membantu rakyat. sesiapa pun yang berbuat baik kepada kita, memang sewajarnya kita berterima kasih.
benarkah seperti yang didakwa oleh penulis artikel ini terhadap BN?
tuduhan haruslah berlandaskan fakta dan jangan sekali-kali memfitnah!
Kita harus sentiasa bersyukur kepada Allah, tapi tak salah berterima kasih kepada pihak yang memberi bah.
Jadi tak perlu lah perbesarkan hal ni. Lagipun hal ni tak sepatutnya jadi isu. hehehe
Mahu bersyukur dengan mana-mana pihak, ini terpulanglah dengan setiap individu.
Catat Ulasan