Selasa, 14 September 2010

Chua pertahankan Umno, parti bukan rasis

MALAYSIA KINI


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mempertahankan Umno yang telah dilabel sebagai parti rasis oleh pembangkang bukan sebagai parti yang menjuarai ketuanan Melayu.

"Dalam hubungan saya ataupun hubungan MCA dengan Umno, saya tidak pernah terdengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan bahawa Melayu adalah lebih unggul atau mulia daripada bukan Melayu,” katanya.

Chua berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau bersetuju dengan komen negarawan Singapura Lee Kuan Yew dalam temu bual di New York Times pada 1 Sept, yang menyifatkan Malaysia sebagai dalam "keadaan yang paling tidak menggembirakan".

Lee antara lain dilaporkan dalam temu bual itu berkata, "tidak seperti Singapura, tidak terlalu mempertahankan budaya Cinanya, Malaysia mengambil perkembangan lain dengan rakyat Malaysia melihatnya sebagai sebuah negara Melayu di mana semua yang lain adalah orang tumpangan".

Lee berkata Malaysia akan mempunyai hubungan kaum yang lebih baik jika negara menjejaki langkah-langkah integrasi sosial yang diambil oleh republik itu.

Bekas perdana menteri Singapura itu juga mengkritik apa yang beliau takrifkan sebagai "hegemoni Melayu rakyat Malaysia", dengan mengatakan bahawa Melayu adalah bahasa sekolah, ia tidak membantu mereka memperoleh pengetahuan moden berbanding Melayu Singapura yang berpendidikan Inggeris dan moden dan memandang ke hadapan.

Menurut Chua, meskipun MCA mengakui masalah perhubungan kaum di negara ini adalah “ia tidak sebaik seperti yang sepatutnya” tetapi menekan adalah tidak adil bagi menuduh semua pemimpin Umno memainkan isu ketuanan Melayu.

"(Hubungan kaum yang longgar) adalah kerana selepas pilihan raya Mac 2008 - terdapat saingan sengit bagi mendapatkan sokongan,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan ahli perniagaan Cina dan pemimpin NGO di Wisma MCA.

"Di Malaysia, isu kaum adalah yang paling mudah untuk meraih sokongan, tetapi saya berpendapat tidak adil untuk mengatakan pemimpin Melayu sentiasa memaikan isu ketuanan Melayu.

"Ini adalah taktik pembangkang untuk memburukkan Umno.”

Bagaimanapun, Chua berkata MCA menghormati pandangan yang dikatakan Lee serta pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan sayap kanan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kerana orang berhak dengan pandangan mereka dan sebagai sebuah negara yang demokratik, orang bukan 100 peratus berkongsi pandangan.

"Bagaimanapun, pandangan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) lebih relevan kepada kita kerana Perdana Menteri adalah orang nombor satu di negara ini," kata beliau.

Chua berkata BN telah membuktikan ia mampu menguruskan hubungan bangsanya berbanding dengan parti pembangkang.

"Sebagai contoh di Pulau Pinang, saya tidak fikir mereka boleh menguruskan dengan baik dalam hubungan bangsa.

Sebab itu ada kumpulan tertentu mengadakan demonstrasi. Di Selangor, isu mengenai surat sokongan hanya dilihat membabitkan sebuah parti tertentu.

"Jika anda berkuasa selama 53 tahun dan jika anda tidak ada kecacatan, mungkin ada sesuatu yang salah dengan anda.

29 ulasan:

Jonny berkata...

Jika isu perkauman dan isu agama diceraikan daripada politik, maka isu seperti ini tidak akan berlaku.

Nurul berkata...

Presiden MCA sendiri berkata BN telah membuktikan ia mampu menguruskan hubungan bangsanya berbanding dengan parti pembangkang. Ini memang cara pembangkang untuk memburukkan kerejaan yang mengatakan BN rasis or UMNO rasis. Pembangkang tidak ada cara untuk menjatuhkan kerajaan.

maxi shenzi berkata...

sebenarnya pembangkang lah yang memburuk2kan negara dan mengapi2kan rakyat. matlamat pembangkang adalah untuk memecah belahkan rakyat supaya mudah bagi mereka menjajah minda mereka..

adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adam berkata...

kenyataan dari Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini menunjukkan UMNO bukan parti yang rasis.

Radzis berkata...

Cara pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat adalah dengan cara memburukkan BN/UMNO. Lebih bagus kalau pembangkang mengutamakan kebajikan rakyat daripada membuang masa mengkritik parti lain.

Radzis berkata...

Kepada semua parti, sila bersaing secara bersih dan adil.

Kamal berkata...

Saya lebih percaya dengan kata2x Presiden MCA daripada pembangkang. Tidak mungkin UMNO/BN adalah parti yang rasis.

mantra berkata...

UMNO adalah parti untuk semua, ia bukan parti racis.

malisa berkata...

UMNO untuk memperjuangkan hak orang melayu, tapi pada masa sama UMNO juga mepertanahkan semua hak termasuk bukan melayu. Maksudnya UMNO berjuang untuk semua kaum.

ali asgar berkata...

UMNO bukan parti RASIS..Ini kata dari Presiden MCA. Saya percaya apa kata-kata dari Presiden MCA ini yang meyokong bahawa UMNO bukannya parti rasis yang cuba dikatakan oleh pembangkang. UMNO merupakan parti untuk semua kaum.

mandau berkata...

saya tk pernah lihat pun UMNO bersikap racis, UMNO adalah parti untuk semua.

jungle berkata...

saya setuju bahawa UMNO bukan parti rasis dan tiada UMNO maka BN tidak akan wujud. UMNO untuk bangsa Melayu, MCA = Cina dan MIC = India. Hormati dan hargai Sejarah Pembentukan Malaysia untuk elakkan isu pertikaian antara kaum-kaum majoriti di Malaysia.

jungle berkata...

saya berpendapat bahawa para pembangkang sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan BN-UMNO. sebab itu mereka mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dengan mengatakan UMNO RASIS supaya mereka mendapat sokongan lebih ramai penyokong.

jungle berkata...

Pihak pembangkang sebenarnya yang rasis kerana tidak berupaya menyatupadukan ahli-ahlinya yang berlainan bangsa. Berbanding parti komponen BN yang telah menerajui Malaysia sejak sekian lama, ia sudah membawa negara melangkah maju ke hadapan yang telah terbukti hingga kini. Walaupun terdapat sedikit pertikaian, ia dilihat sebagai asam garam dalam sebuah keluarga komponen BN yang sebenarnya dapat merapatkan lagi silaturahim..

linda berkata...

berdasarkan apa yang dikata oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ini menjelaskan bahawa UMNO bukan lah parti yang rasis.

fufu berkata...

Kerjasama erat antara parti dalam BN penting. Pemimpin parti komponen harau sokong sessama supaya kekuatan BN dapat dipertingkatkan.

kk boy berkata...

Berjuang untuk semua orang secara adil. Jangan memilih kasih.

karipoop berkata...

Kebanyakan rakyat tahu siapa rasis dan siapa tidak.

misai kucing berkata...

UMNO berfungsi sebagai tunjang BN, dia perlu peka kepada rakan-rakan nya dalam BN. Kalau UMNO rasis, pasti barisan ini akan berpecah-belah.

milan berkata...

Hari ini Chua mempertahankan UMNO, bila agaknya MCA akan depertahankan?

jiwawa berkata...

Saling bantu membantu, saling menyokong. ini lah semangat satu pasukan yang matang dan mantap.

mike berkata...

Lee Kuan Yew hanya tahu keadaan di malaysia sebagai orang luar..orang malaysia sendiri lebih tahu dan memahami apa yang berlaku..

mike berkata...

hubungan bangsa di malaysia adalah dalam keadaan yang baik..tidak berlaku perkara yang serius walaupun tidak dinafikan ada beberapa kes yang dikaitkan dengan rasis namun telah diselesaikan secara bertamadun..

mike berkata...

malaysia ada caranya sendiri untuk menjaga keharmonian hubungan antara kaum..tidak perlu singapura mengajar malaysia..

mike berkata...

seperti yang Chua katakan, isu perkauman adalah cara yang mudah untuk mendapatkan sokongan selepas pilihanraya 2008..isu perkauman dipolitikkan oleh segelintir ahli politik bagi memastikan mereka mendapat sokongan daripada kaum2 tertentu bagi mengekalkan kedudukan dan kuasa mereka...seharusnya isu sensitif seperti perkauman dan agama tidak harus dipolitikkan oleh mana2 individu atau kumpulan..

mike berkata...

diharapkan semua masyarakat malaysia bersatu dan menjaga hubungan baik sesama kita..konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita..selamat hari Malaysia..

gambir berkata...

Kerjasama antara semua pemimpin adalah keutamaan di negara ini agar keamaanan dan kestabilan dapat berkekalan.

gambir berkata...

Jangan hiraukan mainan pembangkang. Usaha untuk menyatupadukan semua kaum harus diteruskan dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.