Khamis, 9 September 2010

DAFTAR SEMULA PATI DAPAT MYKAD

MAT SALLEH JR.

Salam Merdeka Buat Warga Sabah Yang Setia Bersama Sabahkini.net,

SAYA telah memberi terlalu banyak komen berhubung Pendatang Tanpa Izin (PATI) Indonesia yang merupakan hampir kesemuanya telah mendapat IC/MyKad melalui pintu belakang. Ini adalah kenyataan dan saya juga pernah komen tentang kejadian-kejadian yang berlaku di Indonesia yang melibatkan maruah bangsa dan negara kita yang disamakan dengan NAJIS.

Saya juga setuju bahawa warga Indon yang mendapat IC/MyKad atau yang menggunakan pasport Indonesia untuk bekerja dan menyokong pembangunan Malaysia. Saya rasa setiap orang juga akan berbuat begitu jika dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini kerana kehidupan/keselamatan mereka bergantung kepada negara kita dan masyarakat kita.

Semua warga Indonesia yang telah mendapat IC/MyKad amat beruntung kerana anak-anak mereka juga mendapat kemudahan sama seperti warganegara Malaysia yang lain dari segi biasiswa, PTPTN, Pasport Antarabangsa dan sebagainya.

Tetapi apakah mereka sudah lupa tentang negara mereka? Jawapanya tentu TIDAK! Pengaliran keluar masuk warga Indonesia dan pengaliran keluar wang negara kita membuktikan perkara ini. Warga Indonesia yang menjadi warganegara ‘Malaysia Palsu’ ini masih berkiblat ke Indonesia.

Di institusi-institusi awam maupun sekolah-sekolah, mereka telah mula mengamalkan sikap perkauman dan mula menampakkan hasil komplotan mereka ini menyebabkan ramai anak-anak Sabah tertindas. Tetapi di negara mereka, pelajar kita yang meneruskan pembelajaran di Institusi-institusi Awam yang menggunakan duit mereka sendiri ataupun dengan tajaan kerajaan Malaysia menghadapi segala macam kesusahan dari aspek mendapatkan KIPEM dan sebagainya.

Malah sehari sahaja lambat memperbaharui PAS atas kesalahan mereka sendiri, maka pelajar kita diusir seperti ANJING, malah ada pelajar kita yang pernah ditampar, diherdik dan macam-macam lagi penindasan yang dilakukann. Jika tidak percaya tanyalah mereka yang pernah belajar di Indonesia.

Berbanding dengan negara kita yang mudah mesra dengan warga asing dan melayan mereka dengan baik, tentulah PTI atau PATI merasa senang hati duduk di Malaysia. Negara kita tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja asing merayakan HARI KEMERDEKAAN INDONESIA di ladang-ladang dengan menaikkan bendera Sang Saka Indonesia dan segala bentuk pesta meraikan hari berkenaan.

Negara kita juga tidak pernah soal siasat untuk pemberian biasiswa kepada anak-anak Indonesia yang mendapat IC/MyKad. Negara kita juga tidak pernah mempersoalkan sejauh mana kestiaaan mereka terhadap negara ini. Negara kita juga tidak pernah fikir tentang keselamatan negara pada masa hadapan. Negara kita juga tidak pernah memikirkan berapa ramai warga Indonesia yang telah menjadi POLIS, Tentera, Guru, Pegawai Imigresen, Pegawai Pendaftaran; yang senang-senang boleh membantu warga Indonesia yang lain.

Cuma ada beberapa langkah untuk mengambil tindakan yang sesuai dan Warganegara Malaysia yang tulen mendapat semula ‘Hak’ mereka. Antaranya :

1. Memastikan pemegang IC/MyKad melalui pintu belakang yang telah dikenalpasti dibatalkan Kewarganegaraannya dan memohon kembali untuk mendapatkan IC/MyKad setelah melalui proses-proses perundangan seperti yang terkandung dalam syarat-syarat Kewarganegaraan menurut Perlembagaan Persekutuan.

2. Mengenalpasti anak-anak PATI yang telah menjadi warganegara secara songsang dengan menjadikan surat lahir orang mati, ibubapa asli lain dari ibubapa warga PATI dan sebagainya untuk didokumentasi/disoal siasat supaya mereka juga dapat diberi kewarganegaraan dengan syarat-syarat yang termaktub dalam perlembagaan

3. Warganegara asing yang duduk di ladang-ladang dengan mendirikan rumah-rumah haram dengan izin tuanpunya tanah dibanci dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap tuan-tuan tanah yang memberikan izin dengan cara tarik balik geran tanah dan sebagainya kerana kesalahan jenayah melindungi PATI.

4. Anak-anak PATI yang meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan yang memang kita kenal pasti bahawa mereka adalah warganegara palsu ditarik balik segala kemudahan seperti bantuan biasiswa, KWAPM, SPBT dan sebagainya walaupun mereka ada kad pengenalan. (kita kenal pasti ibu bapa mereka adalah warga Indonesia dengan cara rujuk surat lahir ibubapa mereka, surat nikah dan no KP ibu bapa mereka yang bermula dengan angka-angka yang telah diketahui UMUM seperti H05, H03 dan sebagainya)

5. Pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, pegawai akuan sumpah, majistret yang sekongkol dengan mengakui PATI atau PTI disumbat ke penjara tanpa ada soal siasat (guna pakai ISA)

6. Warga asing yang telah menjadi warganegara dipantau dan diadakan kursus kenegaraan dengan sedikit bayaran agar mereka ini betul-betul warganegara yang baik, bertanggungjawab, tahu undang-undang negara, tahu perlembagaan, tahu rukun Negara dan tahu apa ertinya negara Malaysia.

Wahai Warga Malaysia yang berbangga menjadi Rakyat Malaysia! Semoga saranan yang saya utarakan di atas akan menyedarkan bangsa Malaysia agar berani bangkit untuk mengusir PATI daripada tanah berdaulat ini.

Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambutnya pada 16 September 2010


22 ulasan:

jieah berkata...

jika benar terdapat PATI yang mendapat Mykad melalui pintu belakang maka pembatalan kewarnegaraan wajar dilakukan. pihak yang membantu PATI untuk mendapat Mykad melalui jalan belakang juga perlu dikenakan tindakan tegas.

Jonny berkata...

Saya memang tidak setuju dengan perbuatan mendapat Mykad dari pintu belakang, jika mahu mendaftar sebagai rakyat sah di negara kita, biar dengan cara yang sah dan betul dengan mengikuti proses yang ada.

Nurul berkata...

Mereka yang bersubahat ini yang mesti kita tangani sehinggakan membolehkan warga asing mendapatkan mykad. Pada mereka yang mendapat mykad secara haram haruslah berterus terang dan perlu menjalankan lagi tapisan untuk mendapatkan pengesahan yang sebenar.

Fiona berkata...

oh, rupanya mereka yang bernombor HO3 dan HO5 merupakan pendatang asing? Jika ini betul, bukankah sudah senang2 kita dapat membezakan di antara PATI dengan orang tempatan?

maxi shenzi berkata...

saya sangat setuju dengan penulis.. jangan tunggu sehingga mereka berkuasa di Sabah. hapuskan segala bentuk rasuah di pintu2 masuk negara, kerana pintu2 masuk inilah yang menjadi punca utama kemasukan mereka. jika hari ini kita mengusir 10 orang PATI, esok akan mendarat 30 orang di Malaysia. sebab kawalan perairan dan pintu masuk kita terlalu lemah dan mudah disogok dengan wang ringgit.

ali asgar berkata...

Kepada mereka yang telah mendapat mykad akan ditarik balik dan akan ditapis semual, dan kursus kenegaraan dengan sedikit bayaran agar mereka ini betul-betul warganegara yang baik, bertanggungjawab, tahu undang-undang negara, tahu perlembagaan, tahu rukun Negara dan tahu apa ertinya negara Malaysia.

adam berkata...

sekiranya benar terdapat golongan yang mendapat Mykad melalui cara salah, maka mereka patut dihukum. begitu juga mereka yang membantu PATI mendapat Mykad.

papa berkata...

Ini adalah angkara segelintir manusia yang tamak dan ingin mempertahankan kuasa mereka dengan memperalatkan pati sebagai penyokong mereka. Keselamatan dan kestabilan negara tidak dipeduli.

mike berkata...

kita harus mempertahankan hak kita serta tanah air kita..warganegara palsu ini harus dibanteras demi kesejahteraan generasi akan datang..

mike berkata...

rakyat malaysia sememangnya mesra dan baik hati..namun telah dipergunakan kebaikan kita sebagai alat untuk mendapatkan kuasa politik, ekonomi dan sosial oleh segelintir rakyat malaysia yang langsung tidak memikirkan bangsa dan negara..

mike berkata...

mereka yang bukan terdiri daripada suku kaum asal sabah tidak seharusnya mendapat hak yang sama seperti penduduk asal..kita hanya mempunyai hak ini (seperti pendidikan) untuk terus maju agar dapat bersaing dengan perubahan sosial dan teknologi yang berlaku dengan pantas bukan sahaja domestik malahan global..haruskah kita mempertaruhkan masa depan kita, masa depan anak2 kita sebagai penduduk asal sabah kepada kerakusan segelintir rakyat yang derhaka kepada bangsa dan negara?

mike berkata...

mereka yang didapati bersalah kerana memberikan kewarganegaraan secara 'pintu belakang' kepada pendatang asing harus dikenakan hukuman yang amat berat kerana menderhaka/membelot kepada bangsa dan negara..seolah-olah prinsip pertama dalam Rukunegara dipersendakan oleh mereka..

mike berkata...

mana2 pendatang asing yang datang ke negara kita tidak seharusnya diberikan status PR (IMM13)sewenang-wenangnya..harus diperketatkan syarat2 kelayakan untuk permohonan status PR ini..jika tidak, lama-kelamaan negara kita akan menjadi tempat 'pembuangan' rakyat asing..sebagai sebuah negara yang berdaulat maka amat wajarlah undang2 yang sedia ada diperketatkan lagi demi kesejahteraan rakyat dan negara.

bean berkata...

Cadangan diatas bolah dikaji pihak kerajaan. Jumlah pati yang terlalu ramai sudah mula mengugat kestabilan masyarakat dan membimbangkan rakyat Malaysia yang sah.

Paquin berkata...

Saya selalu dengar hal pati dapat mykad ni.. Tapi belum pernah jumpa pula dengan pati yang ada mykad. hihihi

Paquin berkata...

Bagi saya pati yang dapat mykad tu, kira nasib dorang la ba kan.. bukan dorang curi pun, kena bagi ba tu siapa lah yang tak mo...
Yang patut dihukum/dibanteras ialah orang yang bg mykad ni!!!!

Paquin berkata...

Fikir logik saja la siapa yang bagi sorang mykad kalau bukan org tempatan sendiri??? Hal ni takkan jadi masalah kalau orang tempatan tak perkara yang bakal menyusahkan generasi masa depan nanti.

Paquin berkata...

Mahu marah pun, apa juga guna kan.. Yang penting bagi saya ialah hal ni harus diselesaikan segera. Mungkin ada baikknya juga idea penulis ni at least dapat juga pantau pati yang ada mykad kan.

Paquin berkata...

Setuju mike. Semoga kerajaan akan membuat sesuatu bagi memperketatkan lagi pemberian status PR.

mandau berkata...

sya setuju dgn pendapt penulis bahwa PATI yang mendapat kewarganegaraan secara songsang ini mmg perlu dikesan dan ditarik balik warganegara mereka. ini perlu agar nasib kta sebagai warga tmpatan asli tidak terjeas.

sammy berkata...

Cadangan diatas boleh dikatakan satu cadangan yang berkesan untuk menangani masalah pati dan membolehkan kerajaan mengumpul semua maklumat berkenaan pati.

supra berkata...

cadangan yg baik dari penulis.