| BERNAMA | ||
| |
Penarafan negara telah berada pada trend menyusut untuk tiga tahun berturut-turut daripada kedudukan ke-21 pada 2008/09, kata laporan itu sambil berkata bidang latihan dan kesediaan teknologi antara teras yang harus dipertingkatkan.
![]() |
"Di kalangan negara-negara Asia-Pasifik, Malaysia berada pada tempat ke-8, mendahului China, Thailand, India, Indonesia dan Filipina," kata satu kenyataan daripada Kemterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia mencapai kedudukan tertinggi pada Indeks Hak Perundangan, bersama-sama Hong Kong dan Singapura.
Negara itu juga mencapai kedudukan tertinggi pada kekuatan melindungi pelabur, tempat ke-4 selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong.
![]() |
Arab Saudi dan Israel, masing-masing berada pada tempat ke 21 dan 24, telah mendahului Malaysia.
Laporan itu meliputi 139 negara, yang mana enam, iaitu Angola, Cape Verde, Rwanda, Swaziland, Iran dan Lubnan adalah negara-negara baharu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sementara kementerian itu mengakui terdapat banyak bidang yang perlu diberi perhatian, ia gembira melihat laporan itu menggariskan beberapa elemen psoitif terhadap ekonomi Malaysia.
![]() |
"Kesediaan modal teroka, kekukuhan bank, peraturan bursa saham dan ketelusan peraturan dalam pertukaran sekuriti turut menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata pencapaian Malaysia juga memuaskan dalam kategori yang lebih kompleks seperti kecanggihan perniagaan (ke-25) dan inovasi (ke-24).
Mengenai kebimbangan yang ditimbulkan oleh laporan itu, beliau berkata kerajaan telah pun melancarkan inisiatif kebangsaan untuk menanganinya.
![]() |
"Apabila inisiatif ini mula menampakkan hasil, kita menjangka dapat melihat peningkatan daya saing Malaysia secara menyeluruh dalam masa terdekat," katanya.





0 ulasan:
Catat Ulasan