Isnin, 13 September 2010

Guan Eng: Umumkan hasil siasatan kebakaran

MALAYSIA KINI

Kerajaan negeri mahu hasil siasatan terhadap kabel TNB yang menjadi punca kebakaran Jambatan Pulau Pinang semalam, diumumkan kepada awam.

Katanya, TNB mesti memberi jaminan supaya insiden tersebut tidak berulang lagi, dan mahu semua agensi berkaitan menyemak semula
rancangan kontingensi mereka bagi mengelak masalah lalulintas apabila berlaku kes kecemasan seperti itu,

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang kini berada di China, memandang berat kejadian kebakaran itu yang berlaku pada hari kedua cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tiga kabel elektrik bawah jambatan itu terbakar, menyebabkan kesesakan lalulintas sejauh beberapa kilometer di kedua belah laluan jambatan tersebut.

Menurut Lim, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob juga telah memberi jaminan kepadanya bahawa punca kebakaran itu disyaki kabel TNB itu terlalu panas dan menolak sebarang perbuatan jenayah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbarnya hari ini, Lim berkata beliau menghargai usaha pengerusi jawatankuasa
pengangkutan, kemudahan awam dan kerjaraya, Lim Hock Seng dalam menangani situasi tersebut dan tindakan segera TNB memulihkan bekalan elektrik dalam masa lima minit melalui sumber alternatif.

Hock Seng memberitahu AFP semalam bahawa kebakaran itu bermula di bahagian bawah jambatan sepanjang 13.5 kilometer pada jam 10.40 pagi, menyebabkan satu daripada tiga laluannya ditutup, dan menjejaskan perjalanan para penggunanya.

0 ulasan: