| BERNAMA | ||
| |
Selebihnya iaitu 33 hotel dan 17 restoran tidak mematuhi piawaian itu kerana didapati menggunakan bahan yang diragui halal sekaligus menyalahgunakan status halal, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
![]() |
Semua pemeriksaan itu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah meliputi hotel bertaraf lima bintang dan ke bawah termasuk hotel yang merupakan pemegang Sijil Halal Malaysia Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain), katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pemeriksaan dan pemantauan itu tidak termasuk yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri.
![]() |
"Di samping itu, ia penting bagi memastikan semua pengusaha hotel dan premis makanan yang belum menjadi pemegang Sijil Halal Malaysia tidak sewenang-wenangnya menggunakan perbahasan halal iaitu 'bufet ramadan'," katanya.
Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan halal dan senarai pemegang sijil halal Jakim di www.halal.gov.my.



0 ulasan:
Catat Ulasan