Setelah 47 tahun Sabah dan Sarawak bergabung dalam Malaysia, nasib sebilangan besar rakyatnya masih dibelenggui kemiskinan, kemunduran dan masa depan yang tidak menentu, sungguhpun dua negeri itu kaya dengan hasil alam semulajadi.
Jurang antara penduduk miskin dan kaya semakin melebar manakala tanah-tanah adat penduduk asal dikaut dengan rakus atas nama pembangunan.
Jadi tidaklah menghairankan jika Hari Malaysia yang diisythiarkan sebagai cuti umum, tidak disambut dengan kegembiraan atau dalam semangat 1Malaysia yang diinginkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Pada hari ini beliau Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim turun ke Sabah menyertai Ketua Menteri Musa Aman untuk meraikan hari yang sepatutnya cukup bermakna.
Namun,hakikat ialah sambutan itu dicemari dengan rekod buruk BN di Sabah dan Sarawak, khususnya sejak beberapa tahun yang lalu.
Masih banyak permasalahan yang belum terungkai di antara kerajaan pusat dengan rakyat Sabah dan Sarawak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Malaysia berkata, semangat pembentukan negara Malaysia tidak dizahirkan melalui pembangunan yang disamaratakan di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.
Bahkan walau dalam apa jua aspek, kerajaan pusat mendominasi kesemuanya termasuklah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan rakyat.
"Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya" ujar Anwar dalam perutusannya.
"Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini" ujar beliau lagi.
Lantaran itu, Anwar menggesa rakyat di Sabah dan Sarawak membuka mata mereka untuk melakukan perubahan dan mempertahankan hak mereka yang dirampas oleh Umno-BN.
"Hasil bumi di Sabah banyak. Itulah sepatutnya diberikan kepada rakyat. Adakah pemimpin BN yang tanam hutan balak? Adakah Musa Aman yang menggali lubang isi minyak di lautan?" ujar beliau dengan sinis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, rakyat di bumi Sabah dan Sarawak perlu segera bangkit menyelamatkan harta mereka yang "dicuri".
" Rakyat Sabah dan Sarawak memerlukan perubahan yang agresif kerana negeri mereka ini sumbernya banyak. Hasilnya banyak tetapi pengaguhannya tidak adil" kata beliau ketika dihubungi Tv Selangor.
" Inilah peluang yang terbaik bagi rakyat Sabah dan Sarawak (untuk) memikir masa depan mereka yang lebih menjurus kepada menegakkan keperkasaan keadilan dan juga kepada kesaksamaan daripada semua hak rakyat itu sendiri".
Malah ujarnya, kerajaan Umno-BN boleh diumpamakan seperti pepatah Melayu "lembu punya susu, sapi dapat nama" apabila menunjukkan keprihatinan yang berlebihan dengan mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dengan memberikan cuti umum, sedangkan usul itu datangnya Pakatan Rakyat.
" Umno-BN mengambil peluang atas desakan kita untuk menunjukkan mereka prihatin" kata Abdullah Sani.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sambutan Hari Malaysia hanyalah retorik semata-mata.
" Setelah hampir 50 tahun mereka bersama kita, rintihan dan perjuangan masih terhadap pembangunan di kedua-dua negeri ini khususnya dalam kemudahan infrastruktur masih lagi menjadi agenda utama ahli-ahli parlimen dari Sabah Sarawak".
Manakala menurut Presiden Jaringan Orang Asal Semalaysia, Andrian Lasimbang, walaupun sambutan Hari Malaysia diraikan dengan meriah, namun hakikanya, ia hanya indah khabar dari rupa apabila nasib orang asal di Sabah dan Sarawak terbiar begitu sahaja.
" Kita belum merdeka dari segi kemiskinan. Belum merdeka dari keadaan yang serba kekurangan di kampung-kampung" katanya kepada Tv Selangor.
" Kebanyakan dari program ini kebanyakannya langsung tidak sesuai dengan aspirasi atau keinginan oleh orang asal kerana kebanyakan keputusan atau tentang program-program pembasmian kemiskinan misalnya langsung tidak dibincangkan dengan komuniti orang asal" tambahnya lagi.
Malah ujar Andrian, persoalan utama mengapa setelah 47 tahun bersatu di bawah negara Malaysia, negeri Sabah yang kaya dengan hasil bumi tetapi tersenarai dalam kelompok negeri miskin apabila modul pembangunan yang diaplikasikan di Sabah tidak bersesuaian dengan kedudukan ekonomi semasa negeri berkenaan.
" Contohnya projek Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), sepatutnya kita bukan memberikan rumah sahaja, sebab dengan memberikan rumah, penghuninya tetap miskin juga".
"Jika diberikan rumah dan juga disediakan peruntukan seperti modal untuk bercucuk tanam atau memajukan tanah mereka,itu lebih bagus" tambah Andrian.
Bahkan ujarnya adalah tidak masuk akal sekiranya hanya dengan bantuan seperti projek PPRT mampu mengeluarkan rakyat di Sabah dan sarawak dari kepompong kemiskinan.
Malah katanya program seperti bantuan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar misalnya tidak sampai kepada golongan sasar apabila teknologi yang digunakan tidak sesuai di kawasan pedalaman Sabah dan sarawak.
" Biasanya pelan ini dibuat oleh TNB tetapi TNB tidak tahu keadaan di Sabah dan Sarawak. Pelan kebanyakannya dirancang di Putrajaya tetapi apabila dibawa ke Sabah dan Sarawak, langsung tidak sesuai" kata Andrian sehingga mengakibatkan negara mengalami kerugian jutaan ringgit.

29 ulasan:
Rakyat Sabah memang dah menyambut 16 September setiap tahun sebelum diumumkan sebagai cuti awam negara. Jadi, macam biasa jugalah.
Anwar menggesa rakyat di Sabah dan Sarawak membuka mata mereka untuk melakukan perubahan dan mempertahankan hak mereka yang dirampas oleh Umno-BN.
Ia terpulang kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Adakah mereka akan tetap memilih UMNO-BN?? Kita tunggu dan lihat sahajalah pada PRU yang akan datang.
Sudah banyak golongan2 yang berpendidikan tinggi samada dari dalam dan luar negara keluaran Sabah dan saya yakin golongan2 ini mampu mengubah nasib kita. Semuanya sudah pandai berfikir.
mmg tidak dinafikan sabah masih lagi mundur berbanding negeri2 lain, namun kini Sabah semakin berkembang dan mencapai pembangunan. semua rkyat sabah perlu bangkit untuk membangunkan negeri kita yang tercinta ini.
Sabah dan Sarawak telah mengalami perubahan dan banyak membangun berbanding dahulu..usaha yang berterusan pasti membolehkan negeri-negeri ini menjadi lebih maju.
Kerajaan telah pun melakukan yang terbaik untuk semua negeri di Malaysia. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mundur tapi sekarang tidak lagi kerena kerajaan telah cuba sdaya upaya untuk membangunkan sabah dan sarawak. Sabah dan Sarawak merupakan Deposit untuk BN dan saya percaya pada PRU13 nanti negeri ini akan tetap menjadi deposit tetap BN.
hari malaysia disambut bagi memperingati hari pembentukan negara Malaysia yang terdiri daripada gabungan malaya, Sabah dan sarawak, kita seharusnya menghayati hari bersejarah ini.
Sambutan Hari Malaysia disambut dengan menghayati sejarah negara kita. jika dilihat Sabah dan Sarawak semakin membangun. ini adalah sesuatu yang baik dan kita mengharapkan agar pembangunan di Sabah dan Sarawak terus dijalankan.
Janganlah hanya 'tunggu dan lihat'. Kalau macam ni mentaliti orang Sabah, sampai bila mau maju? Kan lebih baik jika tindakan 'tunggu dan lihat' itu disertai dengan tindakan yang rasional?
Sabah dan Sarawak lebih maju dibanding dulu. Tapi masih ada ruang untuk diperbaiki.
Sama-sama kita berusaha agar Sabah lebih maju.
sabah dan sarawak telah berubah sejak bergabung dengan tanah melayu dan singapura membentuk malaysia..walau bagaimana pun masih perlu peningkatan dan pembaikan berhubung dengan isu pembangunan di kedua negeri tersebut..
pembangkang kerap kali membidas atau memperlekehkan apa yang baik telah dilakukan oleh kerajaan..pembangkang patut menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan untuk membangunkan negeri pemerintahan mereka...
rakyat sabah dan sarawak tahu menilai apa yang baik untuk mereka dan BN telah dipilih untuk memerintah kedua negeri tersebut..ini bermakna BN lah yang terbaik dan bukan PR.
kerajaan BN harus meningkatkan dan memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan mereka terutama di kawasan pedalaman..pelan pembangunan negeri harus dilakukan oleh sabah sendiri kerana hanya orang sabah sendiri yang tahu dan faham apa yang perlu dilakukan..
kerajaan negeri sabah kini giat berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat terutama di kawasan pedalaman..namun harus difahami akan keperluan yang sebenarnya diperlukan oleh golongan sasaran agar usaha tersebut tidak sia2..
Kadar kemiskinan Sabah masih yang tertinggi di Malaysia.
Pembasmian kemiskinan penting supaya rakyat terus menyokong kerajaan BN.
apa kemajuan yang dicapai di negeri2 Pakatan Rakyat? ekonomi masih tidak memberangsangkan dan nasib rakyat masih tidak memuaskan. jika 4 buah negeri masih tidak terjaga oleh PR, jangan beriya2 untuk memerintah negara. rakyat bukan setakat mendengar, tetapi melihat kepincangan yang berlaku dan melihat tindakan2 yang dibuat oleh semua parti politik.
kita perlu melihat dari pelbagai sudut kenapa pembangunan dan kemajuan di Sabah berlaku agak perlahan. melihat kepada keluasan sahaja sudah cukup untuk kita menggambarkan bahawa Sabah sentiasa memerlukan dana dan masa yang banyak untuk keluar dari pengenalan negeri termiskin. hanya melalui usaha yang berterusan sahaja mampu membawa Sabah kearah yang lebih baik, dan semua itu sedang dilakukan oleh kerajaan.
untuk membasmi kemiskinan, tidak ada cara yang lebih baik melainkan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dikalangan rakyat. negara2 maju tidak menghadapi masalah rakyat miskin kerana mereka memiliki kemahiran. jika kaedah pihak pembangkang menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat sebagai penjana ekonomi secara berterusan, sebenarnya semua itu telahpun dilakukan oleh kerajaan. tapi sejauhmana keberkesanannya? mungkin kaedah itu hanya menggalakkan rakyat untuk mengharapkan bantuan tanpa memikirkan inisiatif lain untuk memajukan diri. kaedah itu mungkin boleh digunakan tapi tumpuan perlu lebih kemahiran dan pengetahuan.
lebih baik PR beri tumpuan kepada negeri2 jajahan PR dan perlihatkan kemampuan PR memajukan negeri2 itu kepada rakyat. rakyat akan lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat berbanding dengan apa yang mereka dengar.
Jangan buang masa menunding jari menyalahkan siapa-siapa. Kerajaan BN Sabah dipilih oleh rakyat Sabah sendiri.
Jika kita tahu kelemahan yang berhadapan kita, lebih baik cari jalan menyelesaikan masalah.
Hari Malaysia sepatutnya dihargai oleh semua orang kerana ia bertujuan baik. kenapa ada segelintir orang yang suka memutarbelitkan sesuatu perkara yang baik?
persoalan saya ialah kenapa masa Anwar jadi Timbalan Menteri dulu tidak memperjuangkan hak rakyat Sabah? kenapa baru sekarang?
berbanding SM, pembangunan dan infrastruktur yang terdapat di Sabah adalah masih terlalu jauh ketinggalan. Sudah sampai masanya, rakyat Sabah diberi peluang untuk merasai apa yang dirasai oleh penduduk SM. cuma saya bersyukur akhirnya Hari Malaysia sudah termeterai pada 16 sept dan ia wajar dihargai oleh seluruh warga Malaysia
walaupun Sabah masih lagi tidak semaju negeri-negeri SM, ia tetap negeriku yang tercinta
Hakikat yang tidak dapat dinafikan Sabah ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Semenanjung.
Sabahan patut berusaha demi masa depan yang lebih cerah.
Bukan semua kawasan di Semenanjung turut dibangun dengan bagus. Banyak keadaan dikawasan dipendalaman sana tidak jauh beza dengan Sabah.
Tidak begitu meriah berbanding penyambutan 31 Ogos.
Catat Ulasan