Rabu, 15 September 2010

Ibrahim bersandiwara atau tak faham Perlembagaan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak memahami inti sebenar Perlembagaan Persekutuan.

Anggapan itu gara-gara inisiatif ekstrem Datuk Paduka Ibrahim Ali mengasaskan Perkasa bagi mempertahankan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu serta Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang kononnya sedang dihakiskan oleh pihak ’bukan Melayu’ tertentu.

“Lagipun kefahaman Perlembagaan (Persekutuan) oleh Perkasa adalah tidak tepat kerana tidak ada sesiapa yang boleh memadam peruntukan yang mereka (Perkasa) kata perlu dipertahankan,” ujar pakar perlembagaan itu kepada Harakahdaily.

Kata ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lagi, langkah Perkasa itu seakan menghalang kebebasan bersuara rakyat dalam membincangkan isu-isu yang selama ini dianggap sensitif oleh pemerintah.

“Perkasa juga semacam lupa bahawa Perlembagaan memberi hak bersuara selagi ia tidak meminta pemansuhan kedudukan yang sedia ada itu, termasuk Raja, bahasa dan lain-lain,” ujarnya.

Walhal, katanya sesetengah isu-isu yang diwacanakan oleh rakyat, khususnya bukan Melayu tidaklah sampai pada tahap membelakangkan Perlembagaan.

Lanjutan itu, beliau mempersoal motif sebenar Ibrahim, Presiden Perkasa menggunakan media untuk meniupkan api perkauman ekstrem belakangan ini.

“Jadi, apa yang hendak dipertahankan?” soalnya.

Beliau turut mempersoal idea Ibrahim pada Ahad lalu yang mahu Perkasa mewujudkan muafakat politik baru, iaitu menerima keanggotaan bukan Melayu.

“Dengan idea ekstrem yang mereka bawa, nak kerjasama dengan bukan Melayu yang macam mana.

“Jadi, macam Perkasa nak buat kerjasama…dengar nama Perkasa pun mereka (bukan Melayu) sudah meluat,” ujarnya.

Hari ini, dilaporkan Ibrahim menuduh MCA menguasai Umno pula.

Tuduhan terbaru itu selepas Ibrahim menuduh PAS tunduk pada kemahuan politik para pemimpin bukan Islam dari DAP serta Pakatan Rakyat yang lain.

Tuduhan-tuduhan Ibrahim itu ekoran keengganan pihak masing-masing untuk menerima pelawaan Perkasa, badan bukan kerajaan untuk mempopularkan politik ekstrem Melayu di tanah air.

Manakala, Umno pula dilihat seakan dalam dilema sama ada mahu berwajah liberal atas nama slogan 1Malaysia atau kekal dalam kerangka ‘ultra Melayu’ seperti yang didesak Perkasa.

3 ulasan:

PW CHIANG berkata...

Prof,
Bagi saya yang jahil tentang PERLEAGAAN MALAYSIA akan tetapi kalau diatas sepintas lalu pun, saya amat memahaminya, masakan ibrahim ali, tak faham.
ibrahim ali pernah jadi menteri dan berkecimpong dalam arena politik begitu lama, tak kan tak tahu. Malah dia buat tak tahu. Maka tahu kah Prof, apa sebenarnya niat yang tersirat dalam kepala otak ibrahim ali itu? Saya mempercayai ibrahim ali ini kan dari UMNO, keluar UMNO, masuk PAS, atas tiket PAS jadi MP, masa tu kuasa dan pengaruh kuat, akan tetapi bila keluar PAS jadi BEBAS, maka segala galanya dah hilang kuasa dan pengaruh. JADI bagimana nak pulih kuasa dan pengaruh karier politiknya? MAKA ibrahim ali memperalatkan perkasa - gabungan NGO Melayu, kononnya mempertahankan hak2 Melayu dibawah artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Sebenarnya, tidak ada calar dan dirampas oleh sesiapa pun.
ibrahim ali ini, cuba nak rujuk balik dengan UMNO, tapi dah diharamkan oleh UMNO, nak rujuk semula dengan PAS, apatah lagi HARAM langsung PAS nak terima. JADI macam mana nak mendekati UMNO? MAKA ibrahim ali tubuh perkasa. kerana perkasa sahaja yang boleh mendekati UMNO. SEBAB keahlian perkasa majoriti keahlian UMNO. PERSSOALANNYA apa sebab ibrahim ali berjinak2 dengan UMNO.
Kemungkinan ISU RASIS ibrahim ali itu sengaja diadakan untuk memecah belahkan UMNO. TAPI....TAPI....kita kena tanya dulu APA SEBABNYA tdm sokong penuh perkasa???saya berpendapat tdm nak peralatkan perkasa demi kepentingan masa depan politik anaknya, Dalam UMNO anaknya dah hilang taring, maka macam mana nak naikkan pengaruh dan kuasa anaknya di GE 13? tdm juga nak ikut TAR, bapa jadi PM dan anak pun jadi PM. Mana lah tahu, untung sabut timbul, anaknya akan jadi PM ke 7777777777777777777777777777777
Perlu diingatkan konotasi 7 itu adalah HAR NUN TAA WAU.
Prof, ini adalah pandangan dan mempercayai bukan ada niat nak menjatuh atau memburukkan penama. Kalau pemikiran waras dan rasional -TIDAK MUNGKIN PERKASA DITUBUHKAN.

PW CHIANG berkata...

Sorry Prof,
typing error PERLEMBAGAAN
dibaca sepintas lalu

ELBI RISALAH berkata...

Sama dengan pendapat saya kata PW CHIANG tu....

Ibrahim Ali ni bagi orang kampung adalah kumpulan yang tak boleh dijadikan pemimpin. Berada di depan, dia terajang orang di belakang. Berada di belakang, dia sepak bontot orang di depan pulak !.

Tenguklah PRU 13 nanti, tertonggeng ke tidak dia dihukum rakyat Kelantan.