Isnin, 13 September 2010

IGP baru janji beri khidmat terbaik

BERNAMA

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya hari ini berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

Beliau berkata tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3).

"Tidak ada seorang KPN yang mampu menjalankan tugasnya sendirian dengan kudrat yang ada tanpa bantuan dan sokongan dari pegawai dan seluruh anggota.

"Saya melihat kepada lapan KPN sebelum ini di mana mereka mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan saya yakin mampu melakukan perkara yang sama dengan bantuan dan sokongan semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas timbalan ketua polis negara di mes pegawai Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail berkata pada hari pertama memulakan tugas, beliau akan bertemu empat mata dengan semua pengarah, timbalan pengarah dan ketua polis negeri.

Terdahulu, Ismail menandatangani serah terima tugas jawatannya sebelum ini kepada pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Hussin Ismail yang dilantik sebagai Timbalan KPN.

Serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap.

Hussin dalam ucapannya berkata beliau akan memberi sokongan penuh kepada KPN dalam melaksanakan dasar dan strategi serta pelan yang dirancang.

"Saya akan menggalas cabaran baru ini dengan penuh komited untuk seluruh pasukan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu KPN," katanya.

Ismail, 57, dilantik sebagai KPN menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat kontraknya semalam selepas berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan.

Pelantikan Ismail sebagai KPN dan Hussin, 57, sebagai timbalan KPN diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Sept lalu.


16 ulasan:

malisa berkata...

berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada semua itulah kata KPN baru iaitu Tan Sri Ismail Omar. Harap pelantikkan KPN baru ini akan betul-betul dapat menangani masalah jenayah yang terdapat dinegara ini.

jieah berkata...

Selamat bertugas sebagai KPN kepada Tan Sri Ismail Omar. harap beliau dapat meningkatkan lagi imej polis dan menjadikan pasukan polis lebih dihormati.

supra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
supra berkata...

semoga ketua Polis Negara yang baru iaitu Tan Sri Ismail Omar dpt menjalankan tugasnya dalam membanteras jenayah dan menjaga keselamatan awam dengan baik.

Alexandra berkata...

Diharapkan semangat baru dan tegas KPN baru kita akan membanteras dan menyelesaikan jenayah-jenayah berat di Malaysia.

maxi shenzi berkata...

saya harap beliau dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan adil tanpa dipengaruhi oleh kuasa2 politik atau kepentingan peribadi..

amrul berkata...

harap apa yang dikatakkan oleh KPN ini akan dikotakan. semoga menjalankan tugas.

zaimi berkata...

dengan adanya KPN yang baru, diharap polis dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan dapat menurunkan lagi indeks jenayah.

Mambang berkata...

tahniah kepada T.S Ismail dan diharap PDRM dibawah kepimpinan beliau akan semakin mantap!

Mambang berkata...

PDRM agar lebih telus, cekap dan dapat menangani masalah jenayah menggerunkan seperti kes Nurin, Datuk Sosilawati, dll di negara ini..

Paquin berkata...

Kata harus dikota! Apapun, all the best.

Paquin berkata...

Semoga PDRM akan lebih telus dan pastikan negara kekal aman :)

Jonny berkata...

Diharapkan IGP ini akan menepati janjinya dan memastikan kadar jenayah di negara kita terkawal.

Jacinta berkata...

Buatlah yang terbaik!

mike berkata...

khidmat yang terbaik harus diberikan..kerjasama dari semua pihak adalah perlu bagi memastikan tanggungjawab berat ini digalas dengan baik..

mike berkata...

diharap apa yang baik akan ditambah baik dan yang kurang baik akan diperbaiki...selamat maju jaya diucapkan kepada ketua polis negara yang baru..