Khamis, 16 September 2010

Jeffery: Tuan rumah Hari M'sia negeri paling mundur

MALAYSIA KINI


Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

Pimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

"Kalau kita lihat perbandingan antara negeri -negeri, Sabah nombor 14, dari segi pencapaian pembangunan," katanya kepada TV Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

Abdul Rahim membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai penganjuran Hari Malaysia yang pertama kalinya dalam sejarah dianjurkan di Malaysia Timur iaitu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

Lantaran itu, Jeffery kecewa dengan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya

24 ulasan:

ali asgar berkata...

Kekecewaan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat. BN telah berusaha untuk lebih kepada Sabah dan Sarawak dalam pembangunan. Bukan mudah untuk merancang sesuatu tanpa perancangan yang teliti dan juga peruntukan yang ditetapkan.

gunner berkata...

Adalah satu perkara baik Sabah menjadi tuan rumah acara sambutan Hari Malaysia. Ini merupakan satu penghormatan kepada negeri Sabah. Sambutan yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan penuh gilang-gemilang.

gunner berkata...

tidak dinafikan sabah masih mundur berbanding negeri2 lain. namun kini Sabah semakin pesat membangun. Saabh akan terus membangun di bawah kepimpinan kerajaan masa kini.

mai berkata...

Sabah semakin membangun berbanding dahulu. usaha berterusan penting bagi menjadikan Sabah lebih maju pada masa akan datang. Sabah pasti berbangga kerana diberi penghormatan sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia.

Jonny berkata...

Berbanding dengan beberapa puluh tahun lalu, Sabah memang telah menjalani perkembangan yang baik, walaupun banyak yang belum sempurna lagi, tapi semua ini mengambil masa dan saya yakin, isu-isu kritikal akan diselesaikan jika masa yang lebih diberikan.

Lisa berkata...

Why does Jeffery always need to be negative. I'm proud that Sabah is chosen to host the Malaysia day. Happy Malaysia day to all.

Raven berkata...

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

At least its better than nothing.

Raven berkata...

Of course major improvement is still needed to be done on Sabah. Hopefully the government will focus more on Sabah and Sarawak as they are known to be the poorest state in Malaysia.

malisa berkata...

Kita kira bersyukur dengan keadaan sabah sekarang yang dalam keadaan pembangunan disini sana. Kita juga harus merasa berbangga kerana walaupun negeri Sabah ini negeri yang mundur tapi kita masih boleh diterima dan dipilih menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Malaysia.

malisa berkata...

Kemuduran sesuatu negeri bukan penghalang untuk kita menjalankan apa-apa majlis. Sabah sekarang adalah berbeza dengan yang dulu kerana sekarang pembangunan memang nampak dari masa ke masa. Harap Sabah boleh menjadi negeri yang maju di Malaysia pada masa akan datang.

maxi shenzi berkata...

proses pembangunan di Sabah, walaupun agak perlahan, yang penting pelaksanaan berlaku secara berterusan. jika dibandingkan dengan negeri2 di SM, Sabah jauh lebih luas dan memerlukan dana dan masa yang banyak untuk terus membangun.

maxi shenzi berkata...

soal kemiskinan perlu dipikul bukan sahaja dipihak kerajaan, malah individu itu sendiri. tingkatkan kemahiran dan tidak perlu bergantung 100% dengan bantuan kerajaan. kita perlu mencontohi negara2 maju dimana cara mereka membasmi kemiskinan adalah dengan meningkatkan kemahiran mereka.

mandau berkata...

biarpun Sabah negeri paling mundur, namun sabah kini semakin mencapai kemajuan, semua rkyat sabah perlu bangkit untuk membangunkan negeri sabah.

eika berkata...

usaha untuk terus memajukan Sabah pasti membolehkan Sabah menjadi setanding dengan negeri-negeri yang lain. dapat dilihat perubahan yang dialami oleh Sabah adalah semakin baik dan menggalakkan.

saidin berkata...

Tuan rumah ini mungkin menarik lebih perhatian dari kerajaan pusat menabur lebih banyak peruntukan untuk membangun negeri ini.

nazatul berkata...

pembanguna mengambil masa. Selagi matlamat belum tercapai, jangan putus asa, terus berusaha hingga matlamat tercapai.

miloping berkata...

Sebagai tuan rumah penyambutan Hari Malaysia, bermakna Kerajaan tidak meminggir Sabah. Kita menyaran kerajaan negeri lebih berani menuntut dana pembangunan untuk Sabah menangani kemiskinan.

langsat berkata...

sebenarnya apa maksud Hari Malaysia? Bukankah ia untuk menimbulkan semangat perpaduan dan keamanan untuk semua rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama? hanya dengan sikap menghargai keamanan maka Hari M'sia dapat dihargai kerana negara telah bebas merdeka daripada penjajahan!

langsat berkata...

sekurang-kurangnya sambutan Hari Malaysia baru-baru ini dihadiri oleh rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama yang menghargai keamanan.. walaupun ada segelintir orang yang tidak menghargai Hari Malaysia.

langsat berkata...

sayang dan cintakan keamanan adalah perkara yang patut diutamakan dalam negara.

langsat berkata...

pembangunan di Sabah tidak dinafikan masih terlalu jauh kebelakang berbanding SM tetapi apa usaha para pemimpin rakyat Sabah setakat ini? jika bertukar kerajaan sekalipun, adakah nasib rakyat Sabah akan terbela? janji-janji kosong selalu sering ditabur bila dekat2 masa PRU

polo berkata...

Kita mundur tetapi kita menyediakan segala yang terbaik untuk penyambutan Hari Malaysia.

zali berkata...

Kemunduran tidak mematahkan cita-cita rakyat Sabah ingin mengubah keadaan sekarang.

dadi berkata...

Ini satu penghinaan buat seluruh rakyat Sabah.
Bangkit kalian Sabahan berusaha membersihkan reputasi yang memalukan ini.