Khamis, 16 September 2010

Kaedah kreatif atasi jenayah pecah rumah

BERITA HARIAN ONLINE

PUTRAJAYA: Polis dikerah mencari pendekatan lebih kreatif lagi strategik dalam menangani jenayah pecah rumah di kawasan kejiranan pada masa depan dengan mengadakan lebih banyak pertemuan bagi mengukuhkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pembabitan orang awam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pastinya akan membawa kepada

Beliau berkata, tumpuan khusus harus diberi di empat negeri utama yang dikenali pasti sejak inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

“Penugasan di kawasan ini seharusnya dikendalikan ketua polis balai bagi menjalin hubungan rapat dengan masyarakat setempat menerusi institusi seperti masjid, persatuan penduduk dan sebagainya untuk memudahkan polis menyusun tugas pengawasan.

“Gerak kerja ini sewajarnya dimulakan bagi membantu memperluas idea pasukan polis mengawal selia dan menyusun pelan membanteras jenayah pada musim perayaan sekarang ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hishammuddin berkata, beliau dimaklumkan lebih 4,000 anggota dan pegawai polis ditugaskan untuk mengawasi keadaan trafik yang sebahagian besar bertumpu di jalan utama di seluruh negara dan hanya 10 peratus daripada keseluruhan keanggotaan pasukan polis diluluskan cuti sepanjang musim perayaan kali ini.

Dalam pada itu, katanya laporan dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai kadar jenayah negara meneguhkan keyakinan semua pihak bahawa matlamat mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus dan indeks jenayah keseluruhan sebanyak lima peratus pada penghujung Disember ini akan tercapai.

0 ulasan: