| MALAYSIA KINI |
![]() |
Beliau berkata, langkah itu diambil berikutan pemantauan KDN sejak kebelakangan ini yang mendapati wujud kecenderungan di kalangan sesetengah penerbit akhbar untuk menjadikan soal kaum dan agama sebagai asas perdebatan serta pertikaian yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan hanya meresahkan rakyat.
Selain itu, katanya, garis panduan penerbitan yang lebih menyeluruh dan menepati keperluan semasa akan dirangka oleh KDN bagi memastikan penerbit maklum dan memahami tanggungjawab serta peranan mereka dengan sepenuhnya.
![]() |
Beliau berkata, penambahbaikan itu kelak akan memastikan penerbit melaksanakan peranan mereka dengan lebih baik dan segala perkara yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan rakyat ini dapat ditangani dari peringkat awal.
"Semua tindakan itu bagaimanapun tidak akan membabitkan kandungan teks dan penerbitan yang disiarkan di internet kerana ia berada di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penambahbaikan tersebut, katanya, diharap dapat membendung kegiatan sesetengah penerbit yang sengaja dan sering menimbulkan ketegangan dan keresahan di kalangan masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya di negara ini.



0 ulasan:
Catat Ulasan