Khamis, 16 September 2010

Kelantan Dijanjikan Air Bersih, Sabah Dan Sarawak Pula Terabai Berpuluh Tahun


TV SELANGOR

SHAH ALAM : Kerajaan Umno-BN hanya melontar kata-kata retorik apabila menjanjikan Kelantan bekalan air bersih jika dapat menawan Kelantan.

Kordinator Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Thevarajan berkata, ini kerana Sabah dan Sarawak yang berpuluh tahun menjadi 'deposit tetap' BN masih tidak berpeluang menikmati bekalan air yang sempurna sehingga hari ini.

"Kini sudah terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya Sarawak semakin dekat dan ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN memenangi undi dengan taktik lama menabur janji-janji manis," tegas beliau.

Katanya lagi, rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih celik dalam isu politik negara dan dapat mengenali parti yang mampu melaksanakan janji dengan yang hanya pandai bermanis mulut.

Ini terbukti dalam pilihan raya umum lalu apabila para pengundi menafikan majoriti dua pertiga dengan memenangkan pihak pembangkang di lima negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Mengulas perangkaan dari Jerit yang mendakwa lebih 40 peratus isi rumah di Sabah dan Sarawak masih tidak memiliki kemudahan air bersih dan air yang dirawat, Thevarajan berkata, kerajaan Umno-BN perlu menambah baik kualiti perkhidmatan air sedia ada yang disalurkan di Sabah dan Sarawak sebelum menjanjikan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.

"Janji sebegini tidak akan dilayan oleh rakyat terutamanya rakyat Kelantan yang terbukti lebih progresif dan arif berkenaan kenyataan retorik kerajaan Umno-BN, dengan memilih parti pembangkang untuk memimpin sejak lebih 20 tahun," kata beliau lagi.

Thevarajan yang mengibaratkan janji Umno-BN sebagai 'gula-gula politik' untuk menarik minat warga Sabah dan Sarawak berkata, taktik lama ini perlu diubah oleh Umno-BN dengan mengotakan janji yang dibuat, bukan menutupnya dengan menabur lebih banyak 'gula'gula' pada pilihanraya.

22 ulasan:

mandau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mandau berkata...

masalah bekalan air bersih perlu diselesaikan, tnpa air bersih, amat sukar untuk menjalani hidup yang sihat.

mike berkata...

sudah pasti kerajaan BN negeri di sabah dan sarawak berusaha untuk membekalkan bekalan air bersih terutama di kawasan pedalaman..

mike berkata...

bukan parti yang bermasalah sebaliknya ahlinya yang menjanjikan sesuatu yang mungkin lambat untuk dikecapi..ahli2 parti ini menggunakan nama parti untuk meraih sokongan dan mendapatkan kuasa..mereka inilah yang merosakkan nama parti..

mike berkata...

sabah dan sarawak bukannya terabai seperti yang didakwa..cuma proses pembangunan di kedua negeri adalah lebih lambat berbanding dengan negeri lain di semenanjung kerana kedua negeri adalah yang terbesar dan taburan penduduk yang tidak sekata menyukarkan penyaluran pembangunan di sesetengah kawasan..

mike berkata...

rakyat sabah dan sarawak lebih memahami apa yang berlaku...tidak perlu mana2 pihak luar kononnya membela nasib sabah dan sarawak sedangkan diri sendiri belum pernah memijak bumi Borneo..kerajaan negeri BN sabah dan sarawak kini giat berusaha untuk memberikan keperluan asas bagi penduduk di kawasan pedalaman seperti air dan elektrik bagi membasmi kemiskinan..

mike berkata...

tidak dinafikan bahawa proses pembangunan di sabah dan sarawak perlahan berbanding dengan negeri2 di semenanjung..diharap kerajaan BN akan terus berusaha dan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada isu2 pembangunan di kedua negeri tersebut..

mike berkata...

diharapkan mana2 pihak luar tidak mempermainkan isu pembangunan di sabah dan sarawak untuk kepentingan peribadi sedangkan belum pernah berpijak di bumi Borneo..

Jonny berkata...

Tidak kira apa yang dijanjikan oleh mana-mana parti, kita tidak akan terpedaya lagi. Kita hanya akan mengundi calon yang layak dan berkebolehan sahaja.

zaimi berkata...

Sabah dan Sarawak sebenarnya tidak terabai. sekarang ni boleh dilihat kedua-dua negeri ini sedang mengalami pembangunan.

Alexandra berkata...

Bersyukurlah- setelah 47 tahun merdeka Sabah&Sarawak kini akan menikmati bekalan air bersih.

mantra berkata...

sabah dan sarawak tak pernah diabaikan, kini kedua negeri ini semakin maju, walaupun masih wujud masalah bekalan air bersih di kedua negeri tersebut, namun ia akan selesai tak lama lagi.

Indahsabah berkata...

Sabah dan Sarawak terabai??Saya rasa itu tidak betul. Belum masanya lagi, kerana perkara ini dilakukan secara berperingkat dan bukan sekali jalan. Oleh itu itu bukan bermaksud negeri itu terabai.

Radzis berkata...

Tidak semua janji2x yang diberikan terhadap rakyat dapat ditunaikan sepenuhnya. Ini adalah kerana janji2x tersebut harus dibuat kajian yang teliti terlebih dahulu dan ini akan memakan masa yang banyak. Oleh itu, janganlah kita menyalahkan UMNO-BN tidak melaksanakan janji.

Zol berkata...

Diharapkan UMNO-BN akan berusaha mengotakan janji2x mereka terhadap rakyat.

Lisa berkata...

I trust the rakyat will know what's best for them. Let's just wait and see which party will they vote on the next election day.

maxi shenzi berkata...

dari mana sumber yang mengatakan 40 peratus isi rumah di Sabah dan Sarawak masih tidak memiliki kemudahan air bersih??

maxi shenzi berkata...

lihat bagaimana cara pembangkang menutup kesalahan mereka. mereka sengaja menggunakan isu sabah/sarawak dan isu pilihan raya. tapi jika kita baca keseluruhan artikel, langsung tidak adapun langkah2 penyelesaian yang sepatutnya mereka dedahkan kepada umum. apa penyelesaian untuk masalah air yang kritikal di kelantan??

Free berkata...

Sekarangkan sudah ada peruntukkan untuk Sabah dan Sarawak RM2billion. tidak terabailah maksudnyakan.? jadi kita tunggu dan lihat khabar seterusnya dan janganlah membuat andian dan spekulasi sendiri.

maxi shenzi berkata...

rakyat juga semakin bijak menilai mana2 parti yang bertanggungjawab. rakyat tetap akan menolak parti pembohong, putar belit dan tidak menyumbang kepada rakyat dan negara. sepatutnya pihak pembangkang membalas kritikan dengan mencari penyelesaian terhadap isu yang ditimbulkan.

maxi shenzi berkata...

sebenarnya kerajaan PAS yang terdesak sekarang kerana tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut dan menggunakan isu lain termasuk mempertikaikan janji BN terhadap rakyat di negeri Kelantan. kan bagus kalau PAS dapat menyelesaikan masalah itu supaya rakyat kekal menyokong PAS.

gambir berkata...

Bagi saya masalah bekalan air ini perlu juga diselesaikan kerana ini adalah keperluan harian rakyat dan mana-mana parti perlu memberikan kerjasama dan jangan gunakan politik.