HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 September 2010

Keningau:Gadis cuba bunuh diri akibat diminta putuskan pertunangan


KENINGAU: Seorang gadis berusia 17 tahun, mengerat perutnya dengan menggunakan cermin dan malah bertindak minum minyak pelincir di kampung Tigot Keningau di sini kelmarin kerana dipercayai kecewa pertunangan terputus.

Bagaimanapun, tindakan gadis itu berjaya diselamatkan oleh ibunya yang bertindak pantas menghantarnya ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan.

Mangsa bertindak sedemikian kerana kecewa disebabkan bakal ibu mertuanya menyuruh mangsa supaya memutuskan pertunangan mereka kerana tidak menyukai mangsa.

Akibat kecewa dengan tindakan itu, mangsa bertindak membunuh diri dengan cara mengerat perutnya menggunakan cermin di dalam biliknya, namun tindakannya itu berjaya dihalang ibunya yang terdengar jeritan mangsa.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk menerima rawatan kerana mengalami pendarahan yang teruk.

Namun katanya, selepas mangsa dihantar pulang ke rumahnya, dan suasana tenang, sekali lagi mangsa dikatakan bertindak minum minyak pelincir dibiliknya.

Tetapi sekali lagi, ibunya berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada cubaan membunuh diri dengan membawa anaknya ke hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Zahari Mohamad, ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima laporan itu dan polis sudah merekodkan kenyataan daripada gadis terbabit.

Menurut Zahari, siasatan pihak polis, punca utama mangsa bertindak sedemikian kerana bakal ibu mertuanya menyuruh mangsa putuskan hubungan pertunangan mereka pada pagi sebelum kejadian.

“Selepas itu pada jam kira-kira jam 10 malam, mangsa bertindak memotong perutnya dengan cermin, namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital.

“Kemudian mangsa diarah pulang jam 11 malam. Tapi pada jam 9 keesokannya, dia dipercayai minum tapai dan ibunya menegur supaya tidak minum, lalu mangsa marah dan minum minyak pelincir,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa yang menyedari tindakannya anak itu, terus membawa ke hospital untuk menerima rawatan di hospital yang sama.

“Difahamkan mangsa kini dalam keadaan stabil, bagaimanapun mangsa masih menerima rawatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba membunuh diri,” katanya.

15 ulasan:

Jason berkata...

Kesian mangsa tersebut. Bakal ibu mertuanya tidak patut menyuruh dia untuk putuskan hubungan pertunangan mereka. Pada pendapat saya, walaupun bakal mertua mangsa itu tidak menyukai mangsa tersebut,dia tetap harus menerimanya kerana kebahagiaan anak adalah lebih penting.

jieah berkata...

gadis tersebut perlu kuatkan semangat dan tidak perlulah sampai ingin membunuh diri. masih ramai lagi ahli keluarga yang menyayanginya dan gadis tersebut perlulah befikiran positif menghadapi sebarang cabaran dalam hidup.

gunner berkata...

gadis tersebut jika kecewa sangat pun, jgnlah smpai nak membunuh diri. tak ada gunanya, cubalah berfikiran positif dan waras. hadapilah ujian ni sgt redha.

Logop berkata...

Syukur gadis itu dapat diselamatkan. Walau apa pun, membunuh diri bukan jawapannya. Tabahkan diri dan sentiasa bersikap positif.

malisa berkata...

Janganlah bertindak bodoh dengan mebunuh diri. itu bukan penyelesaian yang trbaik dalam hidup kita. Itu lari dari masalah namanya.

mike berkata...

inilah manusia...kejahilan manusia di mana membawa kepada kehancuran diri sendiri..

mike berkata...

seharusnya gadis tersebut harus berbincang dan berunding dengan keluarganya..cubaan membunuh diri adalah cara yang tidak bertamadun dan tidak rasional.

sonia berkata...

Masalah ini berpunca daripada bakal ibu mertuanya. Namun, gadis tersebut dikira berfikiran cetek jika terus sanggup mengadai nyawa. Bukan ibu mertua yang ingin memulakan hidup baru, jadi seharusnya dia 'melepaskan' anaknya demi kebahagiaan semua pihak.

gambir berkata...

Jangan hanya mengenakan tindakan undang-undang kepada gadis tersebut kerana cubaan membunuh diri, tetapi sebelah pihak lelaki juga harus dikenakan tindakan samada teman lelaki mangsa atau pun bakal mertua mangsa kerana menyebabkan mangsa bertindak demikian.

gambir berkata...

Gara-gara terlalu memilih bakal menantu, sangup memutuskan pertunganan anak sendiri. Inilah sebabnya ramai wanita membuang bayi kelahiran mereka kerana tidak direstui oleh keluarga.

Paquin berkata...

Ni baru lah cinta tahap dewa sampai bertindak di luar batasan normal. huhuhu

Paquin berkata...

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab. So saya harap hal ni dapat mengajar pasangan bercinta yang lain agar lebih matang berdepan dengan sebarang kemungkinan. Apapun kalau dah jodoh, tak ke mana juga tu. hehe

Jonny berkata...

Umur baru 17, pemikiran belum matang, tapi sudah beria-ria mahu kahwin. Gadis ini sepatutnya bertumpu pada pelajaran, kalau boleh ke tahap lebih tinggi daripada kahwin muda.

ivan medhousky berkata...

inilah akibatnya jika remaja bawah umur dibiarkan menjalinkan hubungan. peringkat remaja masih belum boleh berfikir secara matang dan waras terutamanya bila berhadapan dengan sesuatu masalah. tindakan bakal ibu mertua mahu ikatan pertunangan mereka diputuskan mungkin disebabkan mangsa masih belum bersedia dan masih belum matang dalam soal rumah tangga.

ivan medhousky berkata...

yang pasti, tindakan remaja ini telah membuktikan bahawa permintaan bakal ibu mertua yang mahu pertunangan mereka diputuskan adalah satu tindakan yang tepat...