Khamis, 9 September 2010

Khairy ulas persepsi 'negatif' Rosmah

Jimadie Shah Othman

Dalam politik, mungkin semua orang keberatan mengulas tentang tanggapan 'negatif' terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor, tetapi mungkin tidak buat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketika diminta mengulas khabar angin seputar Rosmah yang menjadi buah mulut dan bidasan banyak pihak, terutamanya oleh pembangkang, Khairy menjawab:

“Macam inilah, kamu lihat, kalau kita tak boleh sampai pada sasaran (Najib), kita alihkan pada orang sekelilingnya, dengan isu yang lain.”

Dalam wawancara Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara baru-baru ini, Khairy menyeru orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber sesuatu maklumat sebelum mempercayainya bulat-bulat.

“Saya rasa, tidak adil untuk orang ramai buat sesuatu kesimpulan berdasarkan khabar angin. Saya rasa perkara ini sangat penting dalam kehidupan rakyat di Malaysia, dalam masyarakat hari ini,” kata menantu kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

Dalam wawancara lebih sejam itu, Khairy bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai topik berkenaan, termasuk pandangannya bagi membantu Rosmah (kanan) menangkis 'serangan' tersebut.

“Saya beri jawapan umum sudahlah,” katanya.

Sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Abdullah, Rosmah sering menjadi mangsa perlecehan oleh pelbagai pihak, terutamanya pembangkang dan penulis blog.

10 ulasan:

ali asgar berkata...

"Khairy menyeru orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber sesuatu maklumat sebelum mempercayainya bulat-bulat." Saya rasa memang betul kata KJ ini. Janganlah kita percaya dengan khabar yang tidak pasti dengan kebenarannya.

adam berkata...

sebarang khabar angin janganlah dipercayai bulat-bulat. periksalah dahulu sumber maklumat cerita yang disampaikan.

Ale berkata...

Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

Jonny berkata...

Sudahlah, baik kita menumpukan perhatian pada isu penting dalam negara daripada membesarkan hal kecil mengenai isteri PM.

maxi shenzi berkata...

lihat, pembangkang hanya giat menimbulkan dan menyajikan isu2 yang tidak berfaedah kepada rakyat, melainkan untuk kepentingan politik mereka. bagaimana mereka boleh mempunyai banyak masa mencipta isu2 yang bertujuan untuk menyerang Rosmah sedangkan suara rintihan kecewa rakyat di negeri sendiri tidak diambil peduli. adakah itu bentuk parti yang benar2 mempunyai tanggungjawab dengan rakyat dan negara??

Paquin berkata...

Betul juga lah apa si KJ cakap ni. Sebagai pembaca kita taktau apa yang berlaku melainkan empunya badan. So janganlah mudah terpengaruh dengan mana2 maklumat yg belum tentu kebenarannya :)

Paquin berkata...

Semoga gosip2 dapat dikurangkan.. Tumpukan perhatian kepada perkara yg lebih penting iaitu kebajikan rakyat k.

Mambang berkata...

cuma hairan juga saya yang sibuk-sibuk hal Rosmah ni tidak lain tidak bukan adalah pembangkang? apa masalah mereka tu?

Mambang berkata...

KJ sedang psiko :)

mandau berkata...

rosmah begitu aktif, sebab itulah dia sering diperlecehkan oleh pembangkang. apapun, kita pandai2lah menilainya sendri.