Selasa, 14 September 2010

Masyarakat India Kutuk Sekeras-kerasnya Pembunuh Sosilawati, 3 Individu



Murugiah menghabiskan masa kira-kira sejam bersama keluarga Sosilawati di kediaman jutawan kosmetik itu. Foto Chan Tak Kong/TheStar

GOMBAK: Masyarakat India di seluruh negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menegaskan, tindakan penjenayah itu wajar mendapat hukuman setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Katanya, kaum India tidak pernah menyokong perlakuan jenayah walaupun dilakukan di kalangan mereka sendiri.

Beliau mengulas pembunuhan yang dilakukan secara kejam sehingga semua mayat dibakar dan dibuang abunya di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian, Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting, dekat sini.

Murugiah berkata, beliau berharap pihak polis melakukan siasatan secara terperinci tanpa memberikan sebarang ruang sedikit pun kepada mereka terbabit dalam kes tersebut.

Menurut beliau, masalah gangsterisme di negara ini terutama kaum India tidak dapat dibendung dan memerlukan tindakan serius daripada pihak berkuasa.

“Kita tidak mahu orang yang tidak bersalah ini dianiaya dan dibunuh. Jika ia terus belaku, orang ramai mulai takut dan negara tidak akan dikunjungi pelabur asing.

“Kita tidak mahu diberikan ruang kepada mereka yang tidak berhati perut, tiada belas kasihan pergi membunuh orang kerana wang,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kes pembunuhan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman namun tidak dinafikan perbuatan kejam itu begitu melampau.

“Ini bukan soal perkauman tetapi soal nyawa orang yang diragut. Satu Malaysia marah terhadap perbuatan yang berlaku kepada Sosilawati dan mereka yang lain.

"Tidak kira apa juga bangsa yang terlibat, gangsterime harus diatasi dengan segera,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Murugiah melawat ahli keluarga Sosilawati dan menghabiskan masa satu jam di kediaman jutawan kosmetik itu di sini.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga keempat-empat mangsa. Saya berharap mereka semua tabah menerima kejadian yang berlaku.

"Saya akan berusaha melawat tiga keluarga mangsa lain selepas ini bagi memberi sokongan," katanya.

13 ulasan:

Jonny berkata...

Memangpun perbuatan seperti ini amat terkutuk.

gunner berkata...

sesiapa pun akan mengutuk pembunuhan kejam seperti ini.

Raven berkata...

Diharapkan tindakan penjenayah itu mendapat hukuman setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Leo berkata...

Kesian mangsa2x tersebut. Takziah kepada semua keluarga keempat-empat mangsa

jieah berkata...

takziah kepada semua keluarga mangsa. semua orang mengutuk pembunuhan kejam yang berlaku. mereka yang bersalah pasti akan mendapat balasan atas kesalahan yang mereka lakukan.

ali asgar berkata...

Bukan rakyat India sahaja mengutuk pembunuhan kejam ini malahan seluruh rakyat Malaysia begitu marah dengan pembunuh kejam yang berlaku ini. Takziah kepada keluarga mangsa.

maxi shenzi berkata...

pastikan tidak ada penjenayah yang terlepas dari tindakan undang2...

zaimi berkata...

seluruh rakyat Malaysia pasti mengutuk perbuatan kejam seperti itu. diharapkan keluarga mangsa terus tabah dan kuatkan semangat.

Alexandra berkata...

Masih ada segelintir daripada kita yang masih tidak berhati perut.. Mereka ini harus diberikan hukuman setimpal dan sesuai dengan jenayah yang sangat tidak berperikemanusiaan. Sedih apabila masing-masing meninggalkan anak-anak yang masih kecil..

Mambang berkata...

tindakan ganas pembunuh tersebut menakutkan..

Mambang berkata...

siapapun pembunuh tersebut tidak kira dia berbangsa apa sekalipun jika dia telah melakukan kekejaman terkutuk terhadap sesama manusia, maka dia harus dijatuhkan hukuman setimpal akhirat dan dunia..

Paquin berkata...

Perbuatan ni memang terkutuk dan sukar utk dimaafkan!!!

Paquin berkata...

Semoga pihak berkusa dapat selesaikan kes pembunuhan ni. Pastikan si pesalah dapat balasan yang setimpal.