| BERNAMA |
"Dari mula lagi saya melihat tidak ada masalah sebenarnya yang berlaku dalam BN Sabah. Kita sentiasa bersatu, bekerjasama dan faham memahami dan menghormati antara satu sama lain.
"Mungkin ada orang tertentu (berlainan pendapat), tapi bagi kita saya katakan yang penting bukan individu tetapi perjuangan parti...Jadi kita sedia berunding, kita sedia berbincang, tidak ada masalah," kata Musa yang juga pengerusi BN Sabah ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya anjuran Umno bahagian Kota Kinabalu hari ini.
Musa diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong semalam, yang menggesa parti-parti komponen BN negeri mengetepikan perselisihan dan bekerjasama untuk terus mendapatkan sokongan rakyat Sabah, supaya sama-sama memastikan kemenangan di pilihan raya umum akan angdatang.
Liew membuat gesaan itu sebagai respon terhadap nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengamalkan prinsip kerjasama dan semangat BN ketika menangani masalah dengan rakan komponen BN yang lain.
Timbalan presiden LDP Datuk Chin Su Phin baru-baru ini menyuarakan ketidakpuashatian, di mana katanya mereka tidak dapat bekerjasama dengan Musa namun akan terus bekerjasama dengan Umno dan setia dengan BN.
Berikutan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin mengumumkan beliau berundur daripada LDP dan meletakkan jawatan sebagai naib presiden parti itu. Musa mengekalkan beliau dalam kabinet negeri buat masa ini sehingga perbincangan antara rakan komponen lain dibuat.
"Seperti apa yang saya katakan selalu, apa juga masalah dalam BN kita boleh bincang bersama dan selesaikan bersama.
"Yang penting saya katakan khususnya kepada ahli-ahli Umno, bahawa kita mesti mengutamakan perjuangan parti bukannya mementingkan peribadi...supaya apa juga masalah yang ada kita boleh selesaikan dengan baik, itu cara kita," tegas Musa.
Ditanya sama ada beliau memberi tarikh akhir kepada Pang untuk menyertai mana-mana parti, Musa berkata tidak ada tempoh masa diberikan.
Sementara itu setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika ditanya tarikh mesyuarat BN negeri yang seterusnya, berkata mereka belum lagi memilih tarikh tetapi akan mengadakannya selepas memperhalusi penubuhan jawatankuasa kecil yang telah dipersetujui pada mesyuarat 24 Ogos lalu.
"Mesyuarat BN akan datang akan mengemukakan struktur jawatankuasa kecil itu, yang akan mengambil sedikit masa kerana kini Hari Raya, apabila ia telah dilakukan saya pasti kita akan memanggil mesyuarat BN negeri akan datang," katanya.
Jawatankuasa kecil itu dikatakan akan membincangkan isu-isu penting berkenaan Sabah, seperti masalah pendatang tanpa izin (Pati).
Abdul Rahman juga menjelaskan setiap komponen parti diberikan masa yang cukup untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam mesyuarat BN negeri itu, namun terdapat kekangan masa untuk membincangkan semua isu.
"Anda mesti faham bahawa perbincangan secara terbuka diadakan antara Pengerusi BN negeri (Musa) dan parti komponen lain pada setiap masa, jadi ia bukan hanya dalam mesyuarat BN (mereka boleh cakap)," katanya.
Chin mendakwa antara sebab LDP tidak sanggup bekerja denga Musa adalah kerana tidak puas hati dengan perjalanan mesyuarat pada 24 Ogos lalu, di mana pandangan pemimpin komponen lain tidak mendapat ruang.

18 ulasan:
baguslah parti-parti komponen BN mempunyai hubungan baik dan saling bekerjasama. yang penting adalah kepentingan rakyat dapat dijaga dan diutamakan.
Semoga segalanya berjalan lancar dalam kerajaan negeri.
masalah yang imbul dalam BN Sabah hnyalah masalah kecil dan boleh diselesaikan dgn segera, BN masih lagi kukuh dan akan terus menjaga serta membela rkyat.
memang betul kata datuk MUsa Aman tersebut. Hubungan ahli BN tetap kukuh, apa masalah akan diselesaikan dengan perbincangan. Semoga BN tetap unggul dan berjasa untuk rakyat.
Sebarang masalah dalam BN harus dibincang dan diselesaikan bersama.
segala masalah yang wujud perlu diselesaikan dgn segera, kita perlu tumpukan kepada perjuangan parti iaitu membela nasib rkyat.
memang baik jika setiap parti komponen BN saling bekerjasama demi kebaikan semua. kerjasama untuk memajukan Sabah dan menjaga kepentingan rakyat pasti akan membolehkan rakyat Sabah terus menyokong BN.
sepatutnya perselisihan ini tidak perlu dijadikan isu dan kita perlu beri kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah untuk menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dikalangan parti komponen..
BN negeri sabah tidak mempunyai masalah yang besar...walaupun kadang-kala ada perbezaan pendapat namun dapat diselesaikan melalui perundingan dalam keluarga BN..
yang penting adalah perjuangan parti, bukannya isu2 individu..inilah yang harus dititikberatkan oleh semua ahli dalam BN negeri..
perselisihan faham harus diketepikan dan kerjasama antara ahli harus diperkasakan untuk meraih sokongan rakyat..PR kini giat menjalankan operasi meraih sokongan rakyat pada PRU13 nanti..
BN sentiasa mengamalkan konsep kekeluargaan..setiap permasalahan yang timbul akan dirunding dan diselesaikan mengikut konsep kekeluargaan BN ini..
gunner berkata...
segala masalah yang wujud perlu diselesaikan dgn segera, kita perlu tumpukan kepada perjuangan parti iaitu membela nasib rkyat.
2010 September 20 13:13
saya setuju dengan komen sdr. gunner..perjuangan parti harus dijadikan fokus utama..bukannya isu2 individu..kepentingan rakyat harus diutamakan selari dengan konsep 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan'..
Baru dapat login.. beberapa hari ni tak dapat ja, ingatkan website ni da deactivate! huhuhu
Memang takda masalah ba tu, tapi biasalah ba manusia kan kadang2 terlepas cakap..hehe
Kalau Musa dah kata OK, OK la tu. Jadi LDP pun kenalah matang juga.. Runding bagus2 & tak perlulah merajuk-rajuk. hihihi
Betul jieah. Kerjasama tu penting bagi memastikan Sabah terus membangun. Jadi utamakanlah kesatuan jangan dan sentiasalah bekerjasama. Kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing :)
Apapun saya harap semua parti komponen BN akan memfokus kepada matlamat utama parti utk sama2 menjaga kebajikan rakyat. Ketepikan rasa tak puas hai dan bawalah masalah dalam perbincangan - saya yakin semuanya pasti berjalan lancar.
Catat Ulasan