Oleh Dzulkarnain Taib
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menyegerakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan air di negeri itu serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Apa yang lebih utama didahulkukan ialah penyelesaian pengstrukturan semula operator bekalan air di Selangor yang sehingga kini masih belum dimuktamadkan.
"Kita percaya kepada cara penyelesaian yang menyeluruh. Dengan adanya penyelesaian melalui projek Langat 2 kita akan dapat air dari Pahang dalam masa 3 atau 4 tahun akan datang tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah pengurusan air di negeri Selangor. Oleh sebab itu kita hanya akan bersetuju dengan projek ini apabila selesai penyusunan semula operasi air di Selangor.
"Kita tidak nafikan yang kita perlu melaksanakan projek Langat 2. Kita jangka dalam masa 6 bulan kita mesti selesaikan proses pengstrukturan ini. Isu Langat 2 adalah penting tapi tidak sepenting dengan mengatakan kalau tidak ada Langat 2 rakyat Selangor tidak akan mempunyai air. Itu bukan jawapannya," kata Menteri Besar pada sidang media semasa jamuan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Selangor di i-City Jumaat lalu.
Abdul Khalid menegaskan sekiranya proses pengstruturan semua operasi air tidak diselesaikan segera, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur berkemungkinan berhadapan dengan kenaikan tarif air.
"Kita mesti menyelesaikan secara keseluruhannya sebab kalau tidak rakyat Selangor dan Kuala Lumpur terpaksa membayar harga air yang lebih tinggi.
"Kedua jika tidak selesai pengstruturan semula ini kita juga terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi terutamanya kos berhubung masalah kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW)," jelas Menteri Besar lagi.
Katanya hanya 60 hingga 70 peratus sahaja daripada air yang dirawat dapat diguna sementara bakinya hilang dan dikategorikan sebagai NRW.
"Jadi ini bukanlah cara yang paling efisien dan efektif untuk menangani masalah NRW," kata beliau.
Sebelum ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata peningkatan permintaan air di Selangor tidak boleh dipenuhi melalui penyelesaian isu NRW kerana ia memerlukan pelaburan tinggi dan berterusan.
Kementerian dalam kenyataannya 7 September lalu bertegas untuk melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan kadar segera untuk mengelakkan defisit bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2012.
"Jika ditanya kontraktor yang merancang projek Langat 2 mereka akan berkata mereka memerlukan air sejak semalam kerana mereka yang melaksanakan projek itu. Kita melihat akan keperluan projek ini tetapi bagi kita ia tidaklah mendesak. Jadi ada perbezaan dalam unjuran keperluan air bagi Selangor dan Kuala Lumpur antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri," ujar Abdul Khalid.

2 ulasan:
Tuan,
Saya tidak faham alasan dangkal yang diberikan oleh MB Selangor.
Keperluan hari ini ialah untuk mengatasi masalah kekurangan air yang dijangka boleh atau kemungkinan berlaku seawal tahun 2011.
Bagi mengatasi masalah tersebut, projek Langat2 perlu dilakukan supaya air dapat dibekalkan kepada WPKL, Putrajaya dan Selangor sebelum krisis berlaku.
Tapi sebaliknya, Khalid Ibrahim mahu selesaikan penstrukturan air terlebih dahulu.
Bukankah dia tidak sedar, proses penstrukturan tersebut telah mengambil masa terlalu lama kerana ia memerlukan persetujuan bersama antara 3 pihak.
Sukar untuk mendapatkan persetujuan tersebut dalam masa terdekat dan ia juga akan melambatkan pembinaan projek Langat2 sekaligus meningkatkan kos dan penyelenggaraan.
Inilah sikap terlalu berpolitik Khalid dan PR Selangor. Mereka mahu mengutamakan agenda sempit mereka sehingga menafikan hak dan maslahah umum.
Btl tu laxmana. Wak pun pikir gitu gak..wak setuju nak bagi kadar air rendah di Selangor tp wak tgk Khalid susah nak dapatkan jln penyelesaian.klu wak tak silap sdh setahun takde kata putus.
wak tak sokong sesiapa, tp mintak sgt2 kpd webmaster ni utk sampaikan pd MB Slgr spya dia stju utk bina projek tu.apa slhnya bina projek tu dulu.penstrukturan tu blh buat pas ni.cuma aku ada dgr2 kbr angin kata dap yg nak rampas projek air di slgr. yg pntg klu air takde nanti,aku akan cr MB Slgr dulu!
Catat Ulasan