PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai.
Beliau berkata laporan yang dikeluarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mengenai penurunan kadar jenayah, meneguhkan keyakinan semua pihak untuk mencapai matlamat tersebut.
"Pencapaian bagi menurunkan indeks jenayah keseluruhan dari Januari hingga Ogos lalu sebanyak 16.24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan penurunan signifikan 37 peratus jenayah jalanan dalam tempoh sama adalah kesan daripada pelbagai langkah dan pendekatan luar kotak yang dicetuskan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kehadiran anggota polis yang lebih ramai, skim rondaan sukarela di samping penugasan semula 6,791 personel polis ke barisan depan dan 3,814 anggota awam mengendali tugas meja memberi impak besar dalam membanteras jenayah.
"Semuanya adalah hasil daripada kerjasama, komitmen dan kebijaksanaan hasil kajian dan perbincangan yang mendalam antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Kementerian Dalam Negeri dengan dibantu oleh agensi-agensi yang berteraskan konsep kesukarelawanan seperti Angkatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.
Mengenai penyusunan tugas anggota polis semasa sambutan Hari Raya, Hishammuddin berkata hanya 10 peratus anggota polis di seluruh negara yangdiberi cuti manakala yang lain perlu bertugas.
Beliau berkata ini termasuk lebih 4,000 anggota dan pegawai polis yang terpaksa bertugas mengawasi keadaan trafik terutama di jalan-jalan utama.
Katanya anggota polis turut bertugas mengawasi kawasan perumahan di bandar-bandar besar ketika penghuninya pulang berhari raya ke kampung.
Ini dilakukan terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, katanya.
"Penugasan di kawasan perumahan dikendalikan oleh ketua-ketua polis balai bersama masyarakat setempat menerusi institusi seperti persatuan penduduk," katanya.
Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.
"Penglibatan orang awam dalam membantu melengkapkan data dan rekod pengawasan polis pastinya akan membawa kepada perkembangan yang positif dalam perkara ini," katanya. -

24 ulasan:
usaha untuk membenteras jenayah perlu dilakukan secara berterusan. ini bagi menurunkan kadar jenayah yang berlaku.
"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin matlamat untuk menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember ini akan tercapai."
Does sound convincing to me but I do hope the government will do something to decrease the corruption level in Malaysia.
kadar jenayah samada ringan atau berat perlu dibanteras! kalau boleh bukan sekadar diturunkan saja malah harus dihapuskan sama sekali..cuma pihak polis dan orang ramai kena saling bekerjasama untuk menghapuskan jenayah!
nampaknya sukar turunkan jenayah. lepas satu, ada satu lagi kes yang timbul. dan kes itu adalah yang paling menggemparkan negara dan berlaku masa bulan syawal lagi tu! PSRM kena kerja kuat!
penurunan kadar jenayah boleh dicapai dengan adanya kerjasama antara masyarakat dengan PDRM serta agensi2 keselamatan dan kesejahteraan lain seperti RELA..diharapkan agar usaha ini akan diteruskan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama..
terima kasih diucapkan kepada pasukan polis yang bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka biarpun pada musim raya..
Jika boleh biarlah kadar jenayah sentiasa turun dan jangan ada peningkatan pada masa akan datang. Ini akan memberi impak bukan sahaja kepada sosial kita tetapi juga kepada politik dan ekonomi negara.
Saya yakin penurunan kadar jenayah akan tercapai jikalau semua pihak berkerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah.
harap kadar jenayah boleh dikurangkan. keamanan perlu dijaga.
tahniah dan teruskan usaha mengurangkan kadar jenayah. asalkan ada kesungguhan, tidak ada yang mustahil.
harap Kadar Jenayah akan dapat dikurangkan di Negara kita ini. Semua pihak haruslah berkerjasama unutk memastikan masalah jenayah ini boleh dikurangkan. Bantulah PDRM untuk menangani masalah jenayah.
Harap target Hishammuddin tercapai. Kerjasama semua pihak diperlukan.
penurunan kadar jenayah boleh dicapai dengan komitmen yang tinggi. masyarakat juga boleh membatu membenteras jenayah dengan memberikan kerjasama atau melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada pihak polis.
semoga penurunan kadar jenayah dapat dicapai. Kami rakyat Malaysia mengharapkan sangat agar jenayah-jenayah dinegara ini akan dapat dikurangkan.
contoh seperti di IPOH, 7 Julai (Bernama) -- Kadar jenayah di bandaraya Ipoh mencatatkan penurunan sebanyak 27.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh enam bulan tahun sebelumnya...
Boleh ba tu asalkan ada kesungguhan konpom kadar jenayah dapat dikurangkan :)
Sekadar harapan dan cakap saja, mungkin senang nak kata jenayah boleh dikurangkan.Kerana apa yang jelas berlaku jenayah semakin bertambah. Yang kejam dan tidak berperikemanusianan pulak tu !.
Jangan lupa, selain berusaha kita perlu memohon kepada Allah SWT supaya musibah ini dihindarkan dari mengancam keselamatan rakyat Malaysia !.
Apa macam, setuju ?....
Taniah pada pencapaian PDRM yang berjaya menurunkan kadar jenayah keseluruhan sebanyak 16.24% dari Januari hingga Ogos. Teruskan usaha memerangi jenayah supaya rakyat dapat hidup aman dan damai.
Ini amat penting kerana kadar jenayah merupakan salah satu faktor amat penting mempengaruhi pelaburan asing.
Penurunan kadar jenayah perlu kerjasama semua pihak.
Jika kita satu hati memerangi jenayah, tiada tempat untuk penjenayah lagi.
Rakyat Malaysia berterima kasih atas usaha PDRM dan KDN dan mahukan usaha ini deteruskan hingga kadar jenayah turun sampai tahap yang serendah mungkin.
Hasrat dari Menteri KDN ini pasti akan capai. Rakyat Malaysia sokong dengan satu hati.
KIta berhak menjalani kehidupan harian dengan aman dan selamat.
Memerangi jenayah tudas berat satu kerajaan yang bertanggung jawap.
Kita mengalu-alukan pengumuman kerajaan ini.
Saya juga harap bahawa kadar jenayah boleh diturunkan supaya rakyat hidup selamat dalam negara ini.
Berusahalah sebaik mungkin supaya penurunan kadar jenayah dapat dicapai. hehe
Catat Ulasan