| KUALA LUMPUR: Kerjasama dan komitmen antara PAS, PKR dan DAP akan memastikan Pakatan Rakyat dapat merampas Sabah dari Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata kesemua parti dalam kompenen pakatan rakyat itu telah memeterai perjanjian bersama untuk tujuan tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah baru-baru ini.
Selain Nasharuddin yang mewakili PAS, pelancaran sekretariat tersebut juga disempurnakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan slogan 'Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia'.
Majlis pelancaran berlangsung sempena jamuan makan malam Pakatan Rakyat Sabah di Restoran Putera, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Rabu lalu.
"PAS, PKR dan DAP telah melancarkan Pakatan Rakyat Sabah dan kita akan wujudkan satu sekretariat di Sabah bagi mentadbir hal ehwal Pakatan di sana," kata Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat berazam mahu membawa rakyat Sabah jauh ke hadapan berbanding ketinggalan pada waktu ini biarpun 47 tahun negeri itu merdeka dan diperintah Barisan Nasional.
"Kita dedahkan kepada rakyat yang hadir bahawa sudah sampai masanya untuk Pakatan Rakyat diberi peluang untuk mentadbir begeri itu kerana sudah 47 tahun negeri itu merdeka, namun Sabah masih ketinggalan di belakang dan baru sekarang kerajaan seolah-olah memberikan perhatian terhdap kebajikan rakyat negeri itu setelah lama diabaikan," jelas beliau.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya sewaktu majlis pelancaran itu berkata, Pakatan Rakyat berjanji untuk menghormati kuasa Autonomi Pakatan Rakyat Sabah dalam membentuk polisi negeri.
Manakala Kit Siang dalam ucapannya pula berkata, pelancaran itu membuktikan Pakatan Rakyat telah bersedia sepenuhnya bagi menewaskan BN pada PRU 13 akan datang. |
18 ulasan:
Bergantunglah dengan parti komponen PR adakah mereka mahu kerjasama ataupun tidak. Rakyat akan mengundi calon yang layak untuk memimpin negeri kita.
ini sebahagian daripada usaha PR untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di Sabah. namun BN masih lagi mendapat sokongan yang kuat dari rakyat Sabah. rakyat Sabah yakin kepimpinan BN sekarang mampu memajukan negeri ini.
Kerjasama dan komitmen antara PAS, PKR dan DAP akan memastikan Pakatan Rakyat dapat merampas Sabah dari Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.. Saya rasa tidak perlu bermimpi dengan semua itu. Saya percaya BN masih menjadi pilihan utama pengundi Sabah.
tak kisah bagaimana cara mereka nak mendapatkan sokongan rkyat, yng penting ia adalah dgn cara yang bersih.
Rasanya frasa ayat yang berbunyi 'merampas Sabah dari Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti' sudah cukup kasar', kecualilah ia adalah hasil putar belit pihak wartawan.
Selamtkan Sabah, Selamatkan Malaysia?? Selamatkan dari apa?penjajah yang bakal datangkah(PR). Janganlah menghantui minda rakyat dengan mengatakan menaik, menjadi, membangun,jauh ke hadapan dan sebagainya dengan hanya untuk mendapat sokongan denga janji yang sungguh manis, tetapi manis hanya sekejap lepas itu hilanglah segala janji itu.
BN perlu memberikan saingan terhadap usaha2 PR ini dan jangan terlalu yakin dengan kedudukan BN di Sabah pada masa ini. jika BN tidak mahu menjadi pembangkang selepas PRU13, lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kedudukan BN dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN di Sabah.
selamat bersaing dan jangan gunakan taktik kotor baik dipihak BN mahupun PR..
usaha PR untuk mendapat sokongan di Sabah mungkin tidak berhasil kerana rakyat Sabah dilihat masih lagi memberikan sokongan padu kepada BN.
PR juga suka untuk berjanji...belum tentu janji manis mereka itu akan ditunaikan...
kerajaan BN kini berusaha dengan lebih gigih untuk membangunkan sabah terutama di kawasan luar bandar..peruntukkan yang banyak diberikan atas tujuan ini..
keputusan adalah di tangan rakyat..rakyat sabah kini bijak dalam memilih wakil mereka..tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada PRU13 nanti...
nampaknya PR menggunakan isu kuasa autonomi membuat polisi kerajaan negeri antara agenda mereka untuk meraih sokongan rakyat..BN negeri harus diberikan kuasa autonomi untuk membuat polisi kerajaan negeri..dengan ini sokongan rakyat kepada BN tidak akan berpaling arah..
BN harus memantapkan kedudukan mereka di sabah..tidak perlu berlengah lagi sehingga ketibaan PRU13..BN harus bertindak segera...isu2 yang membebankan rakyat harus diselesaikan..
jangan terlalu yakin:)
parti komponen PR. adakah ia benar-benar mewakili rakyat pelbagai bangsa? kaum?
tunggu dan lihat....
Catat Ulasan