Rabu, 15 September 2010

PRU 13 sengit, pengundi mahu PR menang besar

Ismail Hashim

BAGAN DATOH: Pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) bakal menyaksikan pertarungan sengit selepas berlaku kebangkitan baru di kalangan pengundi yang inginkan kemenangan lebih besar Pakatan Rakyat.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menegaskan, pengalaman tumbangnya negeri di bawah PR lantaran kemenangan kecil yang boleh ditumpaskan bila tiga wakil rakyat melompat; menyemarakkan daya juang.

“Rakyat melihat perkara ini sebagai satu pengalaman pahit yang mesti ditebus semula di dalam pilihan raya depan, ujarnya, semangat ini hendaklah diterjemahkan terus dengan tindakan di petak peti undi.

“Perubahan ke arah terbaik akan dapat dilakukan dengan lebih hebat jika kita dapat memerintah negeri ini, kerana itu jangan hanya menang di Dun Rungkup sahaja tetapi kita mahu menang besar,” tegasnya.

Disebutkan beberapa contoh terbaik gandingan yang berlaku sehingga kini di antara pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak saling memahami antara satu sama lain yang menggerunkan BN.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh berucap demikian dalam Majlis Meraikan Perantau sempena Aidilfitri 1431H di markaz PAS kawasan di Selekoh, dekat sini, kelmarin.

Justeru, beliau menyeru pengundi kelahiran Bagan Datoh terutama anak muda diseru mendaftar mengundi di kawasan ini dalam usaha melipatgandakan jumlah pengundi dalam PRU 13 akan datang.

Dalam pada itu, Misbahul juga berkata, sudah sampai masanya Kempen Mengundi Balik Kampung digerakkan ke seluruh kawasan bagi memastikan hasrat mendapat kemenangan besar tercapai.

Beliau turut menyarankan penubuhan NGO seperti Ikatan Anak Perantau Bagan Datoh dan seumpamanya diperbanyakkan kerana dengan itu berbagai perkara dapat dilakukan dalam usaha gembleng minat dan semangat pengundi.

Dalam majlis sama juga, beliau melancarkan Gerakan Infak Dewan Serbaguna PAS Kawasan Bagan Datoh yang sudah dimulai dengan pembinaan cerucuk dalaman melebihi RM20 ribu.

Sehubungan itu, mereka yang berminat berbuat demikian boleh melayari http://pasbagandatoh53.blogspot.com/ dan http://misabah.blogspot.com/ untuk mendapat maklumat lanjut.

23 ulasan:

Jonny berkata...

Rakyat akan mengundi berdasarkan prestasi dan kelayakan sesuatu parti.

mike berkata...

PR nampaknya bersungguh-sungguh untuk menang besar pada PRU13 nanti..BN harus berwaspada..

mike berkata...

apapun, rakyat haruslah mengundi dengan bijak..

Jonny berkata...

Apa-apa pun, selamat berjuang.

ivan medhousky berkata...

bercakap pasal PRU13, mesti PAS yang bersungguh2 yakin untuk menang. sedangkan sumbangan PAS kepada rakyat dan negara tidaklah begitu memberangsangkan. apa yang dilihat oleh rakyat hari ini berkenaan dengan PAS, PAS lebih banyak bercakap daripada bertindak..

adam berkata...

dalam PRU 13 rakyat akan memilih parti mana yang menunjukkan prestasi terbaik. rakyat perlu bijak dalam membuat pilihan dan jangan terpengaruh dengan janji-janji kosong.

ivan medhousky berkata...

memang benar gandingan PR digeruni tetapi bukan dikalangan umno/BN, tetapi dikalangan rakyat seluruh Malaysia. sebab PAS bersungguh2 mengutuk dan memfitnah parti lawan tapi membenarkan penindasan di P.P oleh DAP. jadi, jangan terlalu yakin jika sedar masih ada kelemahan kerana tidak mustahil realitinya nanti adalah rakyat gerun untuk menyokong PAS/PR.

lafizah berkata...

PRU13 akan datang tidak pasti mili siapa. Apa yang pasti PR jangan terlalu yakin untuk mendapat kemenangan. BN mungkin tetap menjadi pilihan rakyat kerana rakyat mahu BN teruskan usaha untuk membantu mereka dan membangunkan negara.

mandau berkata...

rakyat menentukan parti mana yang akan memerintah mereka. apapun, kita tunggu pada PRU nnti.

jungle berkata...

kalau PR diharapkan menang, maka jentera BN harus kerja kuat dan pasang strategi bijak untuk bersaing secara adil

jungle berkata...

apa yang nak digerunkan tentang PR? rakyat sekarang adalah pengundi yang punya intelektual yang tinggi dan sudah tentu tahu membezakan anda kaca dan permata..

eika berkata...

BN masih lagi mendapat sokongan dari kebanyakan rakyat. dalam PRU nant rakyat akan memilih parti yang boleh menjaga kepentingan rakyat.

Zol berkata...

Semoga semua parti bersaing secara sihat dan adil!

Jason berkata...

Rakyat harus pastikan parti yang mereka undi boleh diharap. Jangan sesekali cepat mempercayai janji-janji manis parti terhadap rakyat. Seperti yang dikatakan oleh pengomen johnny, undilah berdasarkan prestasi dan kelayakan sesuatu parti!

amrul berkata...

bila masa pula pengundi mahu PR menang besar. Baru saya dengar pasal ini. Saya rasa ini saja mahu direka-reka oleh PR kerana mungkin kurang sokongan keatas mereka.

fufu berkata...

Pemikiran rakyat berbeza dengan dulu. Kini bermacam-macam maklumat senang diperolehi dengan teknologi maklumat seperti internet dan telifon bimbit.
BN harus berwaspada dan pantas berubah mengikit zaman atau BN akan diletakan sebagai pembangkang pada PRU akan datang.

kk boy berkata...

Pengundi mahu BN menang besar juga.
Siapa bakal mencapai hasrat, kita tunggu PRU 13 akan datang.

karipoop berkata...

Sukar mahu meramal buat masa sekarang.
Mungkin tiada pihak yang dapat menang besar.

misai kucing berkata...

JIka dikatakan penyokong PR inginkan kemenangan besar, Penyokong BN juga mempunyai matlamt yang sama.

milan berkata...

PR sudah jelas dengan hasrat inginkan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang , apa BN sudah membuat penyiapan yang secukup untuk menangkis cabaran ini?

jiwawa berkata...

Mari pilih yang terbaik buat Malaysia.

Paquin berkata...

Tunggu dan lihat sajalah nanti.. saya yakin rakyat pasti buat pilihan yang terbaik next GE nanti :)

Paquin berkata...

Jom, undi parti yang terbaik utk rakyat dan juga negara :)