Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memohon peruntukan sebanyak RM200 juta dalam Bajet 2011 untuk program penyeragaman harga barang kawalan di seluruh negara khasnya untuk Sarawak dan Sabah.
Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah yang dipohon itu, hampir 70 peratus akan diperuntukkan untuk program penyeragaman harga barang kawalan utama di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah.
"Setakat ini kita (KPDNKK) dengan peruntukan RM79 juta hanya mampu memastikan 30 peratus pengguna khasnya di luar bandar di Sarawak dan Sabah serta beberapa kawasan di Semenanjung menikmati penyeragaman harga barang kawalan," katanya.
Beliau berkata tahun ini Sarawak hanya menerima peruntukan sebanyak RM58 juta dan jika permohonan tersebut lulus pada pembentangan bajet 2011 Oktober ini, ia dijangka dapat ditambah.
Menurutnya KPDNKK juga akan memastikan 25 barang kawalan lain berada pada harga yang seragam tahun hadapan selain untuk menyeragamkan harga barang kawalan utama iaitu gula, gas memasak (LPG) dan petrol.

0 ulasan:
Catat Ulasan