Rabu, 22 September 2010

Segerakan gaji minimum

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan membuat keputusan dan ketetapan segera agar pelaksanaan gaji minimum di kalangan pekerja di negara ini dapat direalisasikan.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini turut menyarankan agar majikan menyokong pelaksanaan gaji minimum yang mungkin dilaksananakan pada tahun hadapan.

"Namun Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) masih lagi dengan dengan pendirian mereka bahawa dasar tersebut memberi kesan kepada perniagaan dan pekerja tempatan kerana cenderung kepada pekerja asing yang kurang mahir dan berpendapatan rendah," katanya, semalam.

Menurutnya, pada 1 September lalu, Sekretariat Pekerja Muda bersama Ketua Pemuda, :Khairy Jamaluddin telah mengadakan pertemuan dengan MTUC dan Cuepacs bagi membincangkan pelaksanaan gaji minimum.

:Katanya, struktur gaji di Malaysia pada hari ini dalam banyak sektor tidak berubah secara drastik sejak beberapa tahun lalu walaupun kenaikan harga barangan secara mendadak mendorong kepada kos sara hidup yang semakin tinggi dan membebankan.

:"Contoh yang paling mudah ialah pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan dan perkilangan masih memperoleh pendapatan antara RM420 hingga RM700 sebulan, yang jauh lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia," ka:tanya.

:Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa berkata, kerajaan tidak boleh lagi membiarkan gaji yang terlalu rendah diterima oleh warga kerja tempatan yang majoritinya merupakan golongan muda Melayu.

"Ini merupakan satu usaha dalam memastikan tiada lagi rakyat dan pekerja Malaysia yang hidup di dalam kemiskinan walaupun mempunyai pekerjaan," katanya.

Menurutnya, dalam merealisasikan pelaksanaan gaji minimum ini, kerajaan perlu juga membantu membangunkan serta mengukuhkan Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang wujud di kawasan luar bandar agar dapat bersaing dengan baik walaupun peningkatan kos operasi akibat daripada perlaksanaan gaji minimum.

"Golongan pekerja perlu bijak dalam merebut peluang-peluang pendidikan dan kemahiran yang telah disediakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia.

"Ini kerana dengan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang mereka miliki dapat membantu meningkatkan produktiviti serta prestasi kerja dan dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya golongan pekerja mempunyai kemahiran yang tinggi serta dapat meningkatkan prestasi kerja untuk memberi impak yang positif terhadap produktiviti syarikat di negara ini.

"Dengan cara itu akan dapat memberikan keyakinan kepada majikan-majikan untuk menyambut baik pelaksanaan gaji minimum dan mengurangkan kebergantungan kepada warga kerja asing," katanya.

15 ulasan:

Jonny berkata...

Gaji minimum ini diperlukan dalam negara kita untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat.

mandau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaimi berkata...

perlaksanaan gaji minimum akan memberikan motivasi kepada golongan pekerja. motivasi inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

mandau berkata...

pelaksanaan gaji minimum perlu ada di Malaysia, kos hidup kini berbeza berbanding dulu, kini ia semakin meningkat dgn harga bararanga yang semakin naik, namun pendapatan pekerja masih lagi sama, masih rendah sehingga mencecah RM400 sebulan. dgn pelaksanaa gaji minimum, ia dpt meningkatkan kualiti hidup dan meringankan beban pekerja.

lafizah berkata...

Kita tunggu apa yang akan kerajaan lakukan berkaitan dengan gaji minimum ini. Harap akan dibuat dengan secepatnya, kerana ini boleh membantu meningkatkan pendapatan untuk menampung kehidupan seharian.

Alexandra berkata...

Syukurlah sudah ada pihak yang ingin membuat pembaharuan. Sepatutnya usul ini sudah lama dilaksanakan. Harga minyak naik, gula, tepung, etc.. Apa2 pun terima kasih kerajaan Malaysia!

supra berkata...

pelaksanaan gaji minimum harap kan dilaksanakan dgn segera, ia perlu bagi membantu pekerja dalam menghadapi kos hidup yang semakin meningkat.

2718 berkata...

Dasar ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pekerja semata2, malahan ia juga memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. menurut kajian, selain boleh meningkatkan kuasa beli dan kadar belanjawan pekerja, skim ini juga dapat mengurangkan kebergantungan pekerja terhadap kerajaan bilamana dengan pendapatan yang sesuai dengan keadaan semasa ekomoni serta sosial negara, maka pekerja dapat mengatasi beban kewangan yang ditanggung serta tidak bergantung kepada dasar kebajikan kerajaan semata2. Kesannya, pihak kerajaan mempunyai peruntukan dana yang lebih untuk disalurkan kepada sektor yang lebih mendesak serta memerlukan.

jieah berkata...

penetapan gaji minimum bagi membolehkan pekerja mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka dan mampu membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Jason berkata...

Gaji minimum harus dilaksanakan. Dengan adanya gaji minimum, kualiti hidup semua rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

timor berkata...

Pihak majikan harap ia tidak dilaksanakan.
Pihak pekerja mengharapkan ia dilaksanakan secepat mungkin.

vivala berkata...

Perlaksanaan gaji minimum dapat menambah pendapatan golongan gaji rendah. Kualiti pekerja juga perlu ditingkatkan selari dengan gaji yang diberi.

azmi berkata...

Kebanyakan majikan tidak suka dengan polisi ini kerana risau tidak mampu menangung kos yang melonjak.

Paquin berkata...

Gaji minimum memang perlu tapi harus kaji semua faktor la sebelum diputuskan. Contohnya di Sabah, kawan saya buat bisnes spa... Keuntungan pun ala kadar ja, so gaji pekerjanya tu basic dalam RM500 ja la, tak termasuk komisen & OT... Soal rendah tu mmg lah rendah tapi nak buat mcm mana bisnes pun kecil-kecilan ja. hihihi

Paquin berkata...

So kalau boleh syarikat2 besar tu seperti syarikat perladangan haruslah ditetapkan gaji minimum. Kesian pekerja yang dah bertahun-tahun kerja tapi gaji masih juga tak sampai RM1k+++++. Semoga kerajaan akan buat yang terbaik utk atasi masalah gaji ni.