
Sekolahan Harapan Rumah Harapan dibuka hari ini bagi menempatkan pelajar yang hamil luar nikah. — Gambar oleh Choo Choy May
Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Rumah Harapan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim berkata sekolah itu tetap akan memulakan operasinya bagi melindungi pelajar yang mengandung luar nikah dari terus tersesat jauh.
“Sekolah ini walaupun tiada pelajar pada hari pertama ini tetapi ia akan tetap beroperasi.
“Setakat ini kami sudah terima tiga panggilan dan satu mesej bertanyakan permohonan kemasukan pelajar ke sekolah ini, ini perkembagan yang baik,” kata beliau pada sidang media khas di sini.
Beliau berkata setakat ini panggilan telefon yang diterima pihaknya adalah pelajar dari negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Lembaga Sekolah Harapan Rumah Harapan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim merasmikan operasi sekolah tersebut pagi tadi. — Gambar Choo Choy May
Malah katanya salah satu panggilan daripadanya bertanyakan adakah mereka yang sudah berumur 30 tahun ke atas boleh ditempatkan bersama pelajar mengandung anak luar nikah tersebut biarpun umur sudah semakin meningkat.
Beliau bagaimanapun berkata proses pemilihan akan dibuat secara lebih teliti sebelum benar-benar menerima sebarangan pelajar.

0 ulasan:
Catat Ulasan