Khamis, 23 September 2010

SHAFIE JADI RAJA SEHARI?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

AKHIRNYA setelah kes gigit-menggigit pipi madunya, jelitawan tinggi lampai, Zahida Rafique dilaporkan telah bernikah dengan Menteri paling pendek dalam Kabinet Malaysia iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal di London sebelum puasa ramadan lalu.

Demikian gossip yang di’spin’ oleh www.zonartis.com yang menyebut Zahida dan Shafie kini sudah menjadi suami isteri.

Walaupun ia masih bertaraf gossip atau gunjing, namun ia mungkin mengulangi kes pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizi Ezzete; Azmi Khalid dengan Normala Shamsuddin dan Mike Tyson dengan Ku Yah yang menjadi kontraversi sedikit masa lalu.

Menurut sumber, Shafie yang akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada lusa (Sabtu), 25 September 2010 di Dewan Masyarakat Semporna bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dijangka akan membuat pengumuman berhubung gossip tersebut.

Ramai rakan Zahida dijangka hadir di Majlis Rumah Terbuka berkenaan kerana menurut khabar angin, Shafie dijangka akan memperkenalkan Zahida di majlis tersebut yang turut dihadiri isteri pertamanya, Datin Seri Hajjah Shuryani Datuk Haji Shuaib.

Sebelum ini, Zahida muncul dalam beberapa akhbar hiburan menafikan mempunyai skandal dengan VVIP, namun tidak menafikan hubungan dengan Shafie Apdal yang menjadi rakan rapatnya sejak Skandal London Gate! (hanya Zahida yang tahu).

Tahniah Shafie! Jika berita ini benar, bermakna anda telah berjaya membersihkan diri anda sebagai pemimpin Islam yang sebelum ini menerima pelbagai gossip dan sekaligus dapat menewaskan diri anda sendiri yang sebelum ini ‘Kia Boh’ atau ‘Takut Bini!’

Kepada Datin Shuryani dan ‘Datin’ Zahida (A.M.N) selamat bermadu!

19 ulasan:

mike berkata...

wah, betulkah ni cerita? tapi masih pada tahap gosip lagi kan..

mike berkata...

walaubagaimanapun, kebenaran akan diketahui tidak lama lagi..datuk shafie akan perjelaskannya nanti..

2718 berkata...

tidak perlu masuk campur dalam urusan peribadi Shafie, atau ada pihak yang cemburu??

Fiona berkata...

perkara ini tidak penting, sila beri perhatian kepada isu ekonomi negara skrg.

ferlo berkata...

tak kisahlah dia nak kawin dgn sapa? yng penting perkahwinan itu sah, hal ini bukan isu besar pun.

ali asgar berkata...

tidak tahu kebenaran dalam hal ini. kita tunggu tuan punya badan menjelaskannya nanti.

Nurul berkata...

Kalau betul pun memang bersalahlah Shafie kerana tidak meminta kebenaran dari isteri pertama. tapi biarkan ini ditentukan nanti kenenarannya lagi.

Jonny berkata...

Baik kita tunggu saja perkembangan selanjutnya.

Zol berkata...

Kalau benar gossip ini, tahniah! Selamat bermadu Datin Shuryani dan ‘Datin’ Zahida!

adam berkata...

cerita ni masih ditahap gosip lagi. nanti kita akan tahu juga kebenarannya.

supra berkata...

cerita mcm ni bukan perkara baru, jika benar, harap mereka berbahagia.

timor berkata...

Gossip ini tidak macam gossip. Ini lebih dari gossip.

vivala berkata...

Kalau artikal ini sertakan gambar, barulah cukup impak dan mengempar.

azmi berkata...

Ternyata artis suka khawin dengan vvip walau mereka sudah beristeri.

Paquin berkata...

Politik & hiburan macam satu industri pula oo.. Bergabung, malatopsssssssssssss!!! hahhaha

Paquin berkata...

Kalau cerita ni benar, AKK (ada ku kisah???) hehhee
Biarlah SA kawin bah, kan masih ada kuota. hihihi

Paquin berkata...

Sehingga hari ni, rasanya hal ni hanyalah gosip semata-mata. Takda perkembangan lanjut pun pasal hubungan dorang, so tak payah lah hal ni diperbesarkan ya.

Paquin berkata...

Semoga SA dapat perjelaskan hal ni. Memanglah jodoh tu di tangan Tuhan, tapi sebelum salah faham makin menular sehingga menimbulkan desas desus yang kurang enak didegar; ada baiknya hal ni dijelaskan.

Paquin berkata...

Apapun, si Zahida memang cantik :)
Jadi kita tunggu dan lihat ja la siapakah yang bakal memikat hati wanita cantik ni. jeng, jeng, jeng!!!