Khamis, 9 September 2010

Sibu Berdepan Kemungkinan Banjir Ketika Raya

BERNAMA

SIBU: Bandar Sibu berdepan dengan kemungkinan dilanda banjir sekali lagi berikutan keadaan hujan lebat di hulu sungai kawasan Belaga dan Kapit sejak beberapa hari lepas.

Residen Sibu Sim Kok Kee berkata pihaknya kini memantau keadaan memandangkan kawasan tersebut juga mengalami air pasang tinggi yang akan berterusan sehingga Isnin ini. "Kami sedang memantau paras air di Sungai Rajang," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sim berkata buat masa ini paras air di sungai-sungai di Belaga, Kapit dan Julau berada di antara dua dan tiga meter di bawah paras amaran.

"Walaupun dianggap sederhana, kita masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana apabila ia mencapai paras melebihi tebing, kawasan rendah dan jalan akan dilanda banjir sekali gus merosakkan suasana perayaan," katanya.

Tambahan pula katanya, ramalan cuaca menunjukkan kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok selama enam hari.

"Kami akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan perkembangan terkini dan kita akan maklumkan kepada masyarakat daripada semasa ke semasa," katanya.

Tiga minggu lepas bandar Sibu dilanda banjir selam empat hari ekoran hujan lebat dan air pasang tinggi, yang menyaksikan kira-kira 20 buah sekolah terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

10 ulasan:

adam berkata...

langkah berjaga-jaga dan pemantauan perlu terus dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

ali asgar berkata...

Semua penduduk sibu haruslah lebih berjaga-jaga dengan keadaan persekitaran. Nyawa lebih penting daripada perayaan yang bakal tiba.

maxi shenzi berkata...

maknanya masalah banjir ini bukan pertama kali berlaku di Sibu. sepatutnya telah ada tindakan sebelum ini bagi memastikan masalah sama tidak berulang. apa2pun teruskan perkembangan terkini supaya masyarakat sekitar dapat membuat tindakan awal.

Jonny berkata...

Diharapkan banjir ini tidak akan berlaku buat masa ini. Tapi penghuni dari kawasan itu perlulah membuat persiapan untuk berdepan dengan kemungkinan banjir tersebut.

Paquin berkata...

Kesiannya kalau time Raya ni banjir.. susahlah nak berkunjung ke rumah saudara mara. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun, banjir atau tak.. Jom rayakan Hari Raya dengan gembira :)

Mambang berkata...

banjir adalah fenomena alam semulajadi yang tidak boleh dielakkan. apapun kekalahan BN yang lalu semasa hari hujan dan banjir harus diambilkira dalam meraih undi masyarakat Sibu pada kali ini.

Mambang berkata...

banjir tidak boleh dijadikan alasan untuk BN kalah dalam undi. rakyat adalah penentu siapa kalah siapa menang.

mandau berkata...

banjir bukan halangan untuk menyambut hari raya.

POP berkata...

Harap segalanya baik sekarang.