Rabu, 15 September 2010

SKMM perlu jaga ketenteraman rakyat, bukan BN

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: PAS tidak mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya dilihat untuk menjaga ketenteraman BN, bukan ketenteraman rakyat di negara ini.

Begitupun, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya bersetuju kenyataan daripada (SKMM) untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang bertindak untuk menggugat keharmonian dan kententeraman kaum di negara ini sama ada berunsur fitnah dan penghinaan terhadap mana-mana agama atau bangsa melalui ruangan langit terbuka.

“PAS menyeru semua pihak supaya apa-apa laporan biarlah beretika dan bermoral sama ada melalui media cetak atau elektronik. Unsur fitnah adalah suatu perkara yang perlu dijauhi dalam setiap laporan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan juga, katanya perlu bertindak dengan segera tanpa memilih, siapa yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, apabila laporan pemberitaan fitnah yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat, maka pihak berkuasa di negara ini hanya membuat tidak kisah.

Katanya, contoh yang terbaru ialah bagaimana akhbar Utusan Malaysia dan media elektronik yang melaporkan berita fitnah mengenai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang memberi tazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Hakikat yang berlaku, ujarnya ialah Teo hanya memberi taklimat skim pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dan memberi RM1,000 kepada surau tersebut.

Begitu juga, tambahnya dengan pemberitaan yang berunsur fitnah dengan mengatakan bahawa “Lim Guan Eng mengganti Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah”.

“Kesemuanya ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang Islam terhadap orang bukan Islam dan pimpinan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya PAS mengharapkan pihak SKMM menyiasat dengan segera mengenai gambar Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu, sedangkan itu adalah gambar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Tambahnya, mereka yang membuat kerja fitnah perlu disiasat dan dihadapkan ke pengadilan.

“Semua ini adalah percubaan untuk SKMM untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah badan professional yang menjaga ketenteraman rakyat, bukan ketenteraman BN.

“Inilah rakyat mahu lihat SKMM bertindak, jangan biarkan rakyat ketawakan SKMM pula,” ujarnya.

20 ulasan:

Jonny berkata...

Rakyat sepatutnya didahulukan.

ali asgar berkata...

SKMM mengunakan kuasa untuk memtenteramkan semua dan bukan BN saja. Ini memang cerita PAS yang saja membangkitkan isu yang tidak penting.

mike berkata...

SKMM harus sentiasa memantau dan mendakwa mana2 pihak yang cuba mengugat kesejahteraan negara dengan sengaja menabur fitnah dan menghina kaum, agama dsbgnya melalui media..

mike berkata...

SKMM bukannya pilih kasih..PAS tidak harus mempolitikkan isu ini...sesiapa yang bersalah sememangnya akan dihukum..SKMM pasti adil dalam kerja mereka..

mandau berkata...

SKMM akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang mengeruhkan perpaduan kaum di negara kita. SKMM akan bertindak adil.

Alexandra berkata...

Sekarang sudah banyak blog2 yang berani menyeleweng. Harap SKMM akan mengambil tindakan yang wajar.

lafizah berkata...

Memang rakyat yang didahulukan. Apa yang penting SKMM berusaha untuk membantu smua golongan dan bukan BN saja.

ivan medhousky berkata...

dahulukan aduan2 yang benar2 memberi ancaman kepada rakyat dan negara.

adam berkata...

SKMM adalah badan professional yang menjaga ketenteraman rakyat dan mereka juga menjalankan tugas mereka dengan profesional.

Antanum berkata...

kita perlu menjaga ketenteraman sesama, bukan hanya pada pihak tertentu sahaja. Kalau boleh bertolak ansur sesama kita agar keharmonian dapat di capai dan dijaga.

jungle berkata...

peliknya, saya tidak pernah lihat SKMM menjaga kepentingan BN. Selama ni mereka bertugas memastikan ketenteraman rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa supaya tidak bertelagah. siapa sebenarnya yang meniup api fitnah terhadap SKMM ni?

jungle berkata...

entah apa-apalah dakwaan PAS ni...buat dakwaan palsu!

fufu berkata...

Jangan mengamalkan 'double standard' dalam menjalankan tugas. Agensi kerajaan harus menjalankan tugas secara adail dan telus.
Jangan fikir rakyat naif dan tidak tahu apa sudah berlaku.
Keadilan ada dalam hati setiap orang.

kk boy berkata...

Kes yang mengancam ketenteraman negara harus disiasat tidak kira siapa dalang belakangnya.

karipoop berkata...

Ini bukan soal mempolitikan sesuatu isu. Kes seperti gambar KM Penang menyebeleh lembu juga harus disiasat dengan teliti.

misai kucing berkata...

Agensi kerajaan merupakan barisan utama sebuah kerajaan menhadapi rakyat, jika berlaku tidak adil, imej kerajaan akan terjejas.

milan berkata...

Kebebasan menyuara tidak patut disalah gunakan. Displin diri penting. Penguatuasa tidak mampu menangani kebebasan dalam internet.

jiwawa berkata...

Berkhidmat untuk rakyat. Bukan untuk pihak-pihak yang tertentu.

Paquin berkata...

Rasanya SKMM dah bertindak seadil yang mungkin, tapi biasalah bah ada ja pihak yang tak puas hati. hhmm...

Paquin berkata...

Semoga SKMM dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil supaya masyarakat akan terus mempercayai SKMM :) All the best!