SHAH ALAM - Pesalah trafik yang melanggar peraturan jalan raya seperti memandu melebihi had maksimum terutama semasa musim cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dicadangkan supaya ditahan serta diberikan kaunseling dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan untuk tempoh dua hingga empat jam.
Menurut Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari dengan cara ini ia mampu memberi pengajaran besar kepada pengguna jalan raya agar memandu secara selamat dan tidak terburu-buru ketika memandu ke destinasi masing-masing.
"Pendekatan yang dilakukan untuk mengawal kadar kemalangan jalan raya sewaktu musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri perlu diberikan suntikan segar bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan berhemah.
"Sebagai contoh, pemandu yang memandu laju di Lebuhraya Nilai, ditahan selama 2 jam di kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban.
"Perlu ada satu pendekatan yang harmoni serta menyeluruh dalam mendidik pengguna jalan raya.
"Ini kerana kebiasaan pemandu yang memandu secara laju dan berbahaya ingin sampai ke destinasi dengan masa yang singkat tanpa mengira soal keselamatan," kata Dr Yaakob dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau berkata kaedah yang diambil oleh pihak penguatkuasa dalam menangani pesalah trafik kini adalah bersifat menghukum.
Saman yang dikenakan kepada pesalah trafik bagaimanapun tidak mampu menyedarkan mereka untuk mematuhi undang-undang.
"Tambahan pula, undang-undangan penguatkuasaan bagi mengawal kesalahan trafik bersifat orientasi wang (money oriented).
"Ada dikalangan pesalah trafik sanggup membayar saman tanpa merasa insaf," ujar beliau.
Dr Yaakob berkata menurut kajian yang telah dijalankan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), saban tahun negara telah kerugian sebanyak RM9 bilion akibat kemalangan jalan raya.
Malah kes kemalangan maut semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut kajian itu lagi, jumlah kematian maut akibat nahas jalan raya tahun 2009 adalah sebanyak 6,745 kes.
"Kesannya, negara kehilangan sumber modal insan yang begitu besar akibat kematian di jalan raya.
"Walaupun pelbagai kempen yang dilakukan seperti Ops Sikap, namun kempen tersebut tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam mengurangkan kes kemalangan," ujar beliau lagi.

17 ulasan:
satu idea yang segar. mungkin semasa kaunseling dijalankan paparkan gambar2 kemalangan teruk yang telah berlaku akibat tidak mematuhi undang2 jalan raya. rakyat Malaysia harus menukar cara pemikiran mereka.
bgs idea ni, tindakan ini adalah lembut, namun ia dpt memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.
benar! terdapat juga pemandu di luar sana yang tidak takut dikenakan saman. lancarkan program ini dulu dan kita lihat bagaimana kesannya.
saya setuju dengan sonia. untuk memotivasikan pemandu, mereka perlu didedahkan dengan sesuatu yang boleh menggerakkan emosi dan kesedaran mereka iaitu melalui pendedahan kepada kemalangan samada melalui gambar ataupun video. sekadar ceramah tidak akan memberi kesan..
idea yang bagus untuk pesalah trafik. Supaya mereka akan berjaga-jaga untuk tidak melakukan kesalahan lagi. pengajaran besar kepada pengguna jalan raya agar memandu secara selamat dan tidak terburu-buru ketika memandu ke destinasi masing-masing.
Bagus tindakkan memberikan hukuman tahan 2jam hingga 4jam kepada mereka yang membuat kesalahan trafik. dan pada masa yang sama memberikan mereka nasihat dan kaunseling serba sedikit tetang memandu kereta dengan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang.
Ini juga idea yang bagus. Mungkin dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan. Selamat Hari Raya~
Ini juga idea yang bagus. Mungkin dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan. Selamat Hari Raya~
cadangan yang bagus. namun, apa pula kata atau feedback dari pemandu2? kemungkinan setelah ditahan selama beberapa jam, mereka akan memandu dengan lebih laju dan membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain kerana mengejar masa atau alasan lain.
kecelakaan jalan raya dapat dielakkan sekiranya para pemandu memeatuhi peraturan jalan raya serta sentiasa berhati-hati ketika memandu.
idea yang baru..apa pun yang paling penting sikap pemandu itu sendiri. jika pemandu mempunyai kesedaran dan sikap berhati-hati pasti jumlah kemalangan dapat dikurangkan.
para pemandu di SM sememangnya suka memandu laju tidak terkecuali Shah Alam saja. sikap mereka yang sentiasa tidak sabar dan suka memandu laju menakutkan...
Cadangan yang baik, ini pasti akan menyebabkan pemandu berfikir dua kali bila mahu memecut kereta kerana mahu cepat. Lebih baik sampai destinasi dengan berpandu perlahan daripada ditahan 2 hingga 4 jam.
keadaan jalan raya di SM yang cantik dan halus berbanding di Sabah & Sarawak menyebabkan masyarakat di sana leka dengan sikap suka memandu laju. kawan saya pernah ke sana dan dia gitau, kalau drive lambat sikit orang-orang sana akan hon dan marah..so camna pun pesalah trafik ni dihukum tetapi sikap bersopan-santun ni sudah hilang di Malaysia dan ia memburukkan lagi keadaan
Bagus juga idea ni. At least pemandu tetap memandu ikut peraturan walaupun mahu cepat sampai ke destinasi.
Logiknya, biar lambat 10 minit daripada lambat 4 jam gara2 mahu cepat. hehhee
mike kalau lepas kena tahan selama 2-4 jam, pemandu masih juga memandu laju (protes la katakan), tahan lah dorang 4-6jam pula.. hehehe
Apapun, semoga program ini dapat dilaksanakan :)
Catat Ulasan